Friday, 1 January 2016

Italian Herb Grilled Chicken




Resepi Italian Herb Grilled Chicken ni sebenarnya aku reka-reka je ikut suka hati. Tiba-tiba tersedap pulak. So banyak kali buat dah tahu macamana nak mengekalkan kesedapan ayam ni.

Resepi: Italian Herb Grilled Chicken.

Bahan-bahan:
1) Bawang putih*
2) Italian Herb*
3) Season All (McCormick)*
4) Lada Hitam*
5) Garam*
6) Lemon
7) Ayam
8) Potato
9) Daun Ketumbar
10) Olive oil
*Bahan yang ditumbuk

Cara:

1- Lumurkan ayam dengan air perahan lemon.
2- Tumbuk bahan-bahan yang bertanda * - bawang putih, lada hitam, italian herb, dan season all dan garam.
3- Lepas tumbuk, lumurkan pada ayam. Perap selama semalam. Kalau nak cepat at least 1 jam.
4- Grill dalam oven selama 1 1/2 jam, suhu 200-220. Dah siap tabur daun ketumbar.
5- Kalau nak sedap, lepas 45 minit, balikkan ayam supaya masak sempurna.

*Kalau aku suka letak ayam tu dalam tray lapik dengan alumunium foil. Cuma untuk potato tu korang kena tutup dengan alumunium supaya tak hangit tapi ayam jangan tutup.

Kuah yang ada dalam tray tu jangan buang tau, kuah tu korang curahkan kat atas ayam masa hidang, sebab bila takde kuah tu ayam ada kering sedikit.

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment