Saturday, 19 December 2015

Tips Turun Berat Badan



Assalamualaikum wbt.

Walaupun takdelah turun banyak sangat berat badan, tapi ada lah jugak inch loss sebanyak 3-4 inchi, ramai yang tanya macamana diet yang sebenar-benarnya? Betul ke tak boleh makan karbohidrat (nasi/roti/mee dll). Kena masuk gym ke? Kena jogging tetiap hari ke? Inilah soalan-soalan yang saya dulu pun tertanya-tanya pada orang yang berjaya menurunkan berat badan.

Tetapi, nasihat saya satu je, JAGA MAKAN. Sebab formula nak kurus ni 70% diet + 30% senaman. Macamana nak jaga makan dengan disiplin? OK ini langkah-langkahnya:

1) Kira DCR (Calories intake/day) Boleh kira di website ini:http://www.freedieting.com/tools/calorie_calculator.htm .

Contohnya, kalori intake saya adalah sebanyak 1500 Kcal setiap hari untuk menurunkan berat badan. Oleh itu saya kena bahagikan pengambilan kalori untuk breakfast+lunch+dinner dan jumlahnya tidak boleh melebihi 1500kcal. Sebagai contoh, breakfast: 300kcal, lunch: 600 kcal , snack: 200 kcal, dinner: 400kcal.


2) Elakkan pengambilkan makanan berminyak. gulai/kari, gula-gula, snack, kuih-muih, nasi goreng, kek, air manis, air bergas, ais krim. (serius benda ni korang kena tinggalkan).


3) Amalkan minum air lemon (tanpa gula) dan green tea (tanpa gula). Nasi segenggam. Banyakkan sayur dan protein.


4) Jogging 45 minit - 1 jam dan workout (boleh rujuk youtube:https://www.youtube.com/watch?v=ATA5Wpi8-Ik)


5) Catat kalori setiap pengambilan makanan walau sebiji epal sekalipun. Boleh rujuk sini: http://www.celikvitamin.com/…/senarai-jadual-kalori-makana…/


6) Minum air kosong secukupnya. 1 liter = 25 kg.

p/s: Aku dah 4 hari cheatday, ni baru nak start balik. Bila dah lama sangat cheat day rasa hari-hari nak cheat day.

No comments:

Post a Comment