Tuesday, 29 December 2015

Skincare, Ubat Kurus dan Putih

Sekarang ni terlalu banyak produk-produk skincare/kurus/putih yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kadang-kadang tertanya-tanya betul ke produk-produk ni melalui proses RnD. Berkesan ke? Nampak semua seakan sama je. Kalau skincare ada sabun, day cream, night cream dan toner/serum. Nak putih bancuh air, nak kurus makan pil. Serius semua sebijik sama.

Dia macam "eh aku nak jual produk kecantikan lah, bagi modal.. tinggg terus ada." Atau diorang betul-betul kaji sesebuah produk beberapa tahun untuk melihat sejauh mana keberkesanan produk tu then baru jual. Atau ianya sekadar permainan perniagaan saja?

Kalau jual tudung, baju, pakaian, sambal ikan bilis, sambal hitam takde masalah la kan sebab kita tahu proses pembuatan dia. Tapi ni skincare kot. Kalau diteliti kesan-kesan lepas pakai produk hampir sama (yang tertulis, of course la kan), so apa yang membezakan produk ko ngan produk dia?

Kalau designer dia tahu kain apa dia guna, fabrik apa semua, kalau pengasas makanan dia tahu ikan bilis dia tu dari mana, ramuan-ramuan dia semua, agak-agak pengasas produk kecantikan/kurus/putih ni tahu tak apa ramuan-ramuan dalam produk mereka dan apa ejen-ejen pemulihan yang membantu merawat pengguna diorang secara saintifik? Sebab based on iklan diorang cerita benda yang sama je.

Si pengasas pula cubalah mendedahkan apa rahsia kejelitaan dia tup-tup katanya guna produk dia. Padahal dah cantik dari dulu. Orang lain pun duk percaya walaupun produk dia tu baru dua tiga bulan keluar. Dia punya cerita macam dah pakai sejak dari kecik lagi.

Kalau betullah produk-produk ni diambil dari kilang yang sama cuma ditukarkan brand dan jenama, di mana kualiti-kualiti produk masing-masing?

So, apa pendapat korang. Ada pengalaman?

No comments:

Post a Comment