Monday, 19 October 2015

Ekspedisi Ke Sungai Lopo

Ni video khas yang aku buat sempena majlis penutup #JK1M5 Bangi untuk #TeamFieyla ohsem. Semua orang takleh move on lagi yang #JK1M5 dah tamat. Yang bestnya team kitorang ni semuanya sporting gila!!!!!!!!!!!.

Uolls jangan pandang kami sebelah mata okey. Walaupun semuanya bersaiz XXXXXL tapi Bukit Air Terjun Sungai Lopo tu telah kami tawan tau. Kalau korang yang kurus tu dan ber-BMI normal tu jalan sikit dah penat & merayu-rayu nak balik, malulah kat makcik yang ada anak 10 dalam team kami ni.

Dalam group kami ni pun bukan calang-calang orang tau. Ada EJEN INSURANS (aku.. hihihi), pegawai bank, cikgu, pensyarah, chef, businessman, businesswoman kacang sedap, pegawai akademik, doktor, nurse, peguam, penerbit tv astro, tv3, ntv7, rtm, Naruto, Detektif Conan, Sailormoon, Shin Chan, Pelajar, Engineer, Suri rumah tangga, dan lain-lain lagi.

Nanti kalau korang datang sini, jangan lupa slide dekat air terjun tu tau. Best gilaaa!

Sekian.

Maaf kualiti video tidak memuaskan dan shaking sebab record masa sedang jalan sambil makan kacang. 

>_<


video

No comments:

Post a Comment