Saturday, 8 August 2015

KEPENTINGAN INSURANS PERIBADI BERBANDING INSURANS COMPANY


KENAPA ANDA PERLU ADA PERSONAL INSURANS WALAUPUN TELAH DICOVER OLEH INSURANS COMPANY.

========================================================

"Ko dah ada insurans ke?"
"Ha'ah dah ada, company cover"

Saya percaya ramai sahabat di luar sana telah dicover oleh insurans company. Ramai juga yang bila saya menawarkan plan insurans takaful akan menolak kerana merasakan plan insurans company sudah memadai.

Di sini saya nak share kenapa personal insurans tu amat penting berbanding insurans yang company bagi.

Mula-mula cuba anda tukar subjek "insurans" tu kepada "rumah".

"Ko dah ada rumah ke?"
"Belum ada lagi la bro, sekarang ni duduk kat kuarters yang company bagi je."

Anda rasa, anda perlukan rumah sendiri atau tak walaupun company anda dah sediakan kuarters untuk anda? Saya gerenti 100% anda akan jawab anda perlukan rumah sendiri untuk plan di masa hadapan. Mana sama kan rumah sendiri dengan rumah yang company bagi pinjam.

Sama juga dengan insurans. Personal insurans takkan sama dengan insurans yang company bagi. Saya percaya anda sendiri pun tak tahu dan tak pernah baca polisi yang company anda sediakan. Cover pun tak banyak, kalau bil melebihi jumlah anda perlu tambah duit sendiri.

Dan part yang paling sedih adalah jika anda menghidapi penyakit yang menyebabkan anda perlu berehat lama atau tak mampu bekerja, anda mungkin akan diberhentikan kelak sebab company anda tak mampu untuk support perbelanjaan perubatan anda. Dan pada masa tu memang automatik insurans company pun akan ditamatkan.

Nak beli rumah, makin lama makin makin mahal. Sama juga dengan insurans, kalau hari ini anda tak boleh nak menyimpan RM150 dalam insurans, jika anda selalu menangguh, belum tentu 10 tahun lagi anda boleh nak menyimpan RM250 untuk insurans.

Kalau nak cerita, memang banyak sangat kelebihan memiliki insurans peribadi berbanding hanya ada insurans company. So pada sesiapa yang nak tahu dengan lebih lanjut boleh PM/Whatsapp saya. 
InsyaAllah saya akan share.

Wan Mohd Zulqhairi bin Wan Hasan
Takaful Wealth Planner,
Prudential BSN Takaful,
013-5190233

No comments:

Post a Comment