Sunday, 26 July 2015

Tak ada rezeki.

Malam tadi aku makan mee goreng Mi Sedap, bagi yang pernah makan mee goreng ni dia tau la cara-cara buat yang agak leceh. Mula-mula rendam mee tu kemudian toskan air, last sekali masukkan segala perencah & gaul. Biasanya cara aku gaul, aku tutup bekas makanan tu dengan penutup dia dan goncang sehingga sebati. 

Goncang punya goncang, penutup tu terbuka lalu terburailah mee goreng atas meja. Lantas aku terfikir sejenak, walau sedekat mana kita dengan rezeki itu, tapi kalau itu bukan rezeki kita, kita tak akan dapat juga. Tapi walau sejauh mana rezeki itu, kalau Allah dan tentukan itu rezeki kita, maka ia akan datang pada kita jua.

:"(

1 comment: