Wednesday, 22 April 2015

Apa itu TAKAFUL?


(Bahagian1)

Bagi sesiapa yang tak pernah tahu tentang takaful, sememangnya menganggap takaful itu sesuatu yang merugikan yang mana bila kita mencarum sejumlah wang, dan tiada apa-apa yang berlaku pada kita, kita mengalami kerugian yang besar. Dan kenapa kita tidak dapat balik wang tersebut (Saya pun fikir begitu juga dahulu).

Konsepnya sama seperti kita memberi dana/sumbangan/tabung di masjid, dan pihak masjid akan mengagihkan sumbangan itu pada yang memerlukan, seperti kematian, kecurian, sakit dan ditimpa bencana. Sama juga seperti Takaful, konsepnya adalah para peserta bersetuju untuk saling menjamin, tolong menolong dan lindung melindungi antara satu sama lain dari kehilangan atau kerugian akibat ditimpa bencana atau musibah.

Bagi sesiapa yang bertanya kalau kita tak sakit dan tak jadi apa-apa pada kita, duit yang kita bagi tu dapat balik tak? Takkan burn macam tu je? Sama juga dengan dana/sumbangan masjid tu, kalau tak jadi apa-apa pada anda, anda sanggup ke ambil balik duit/sumbangan yang anda telah beri pada masjid?

Namun begitu, usah bimbang, sistem takaful sekarang sudah diperbaharui dengan adanya sistem simpanan ke atas apa yang anda carumkan.

Bersambung...

Wan Mohd Zulqhairi Wan Hasan
013-5190233
Takaful Advisor
Prudential BSN Takaful

No comments:

Post a Comment