Sunday, 22 March 2015

Telegraf Cinta USD


Assalamualaikum. Dah lama tak update pasal buku yang aku baca. Buku terbaru yang aku baca adalah "Telegraf Cinta USD" karya Hami Asraff. Buku catatan peribadi penulis ini korang boleh dapatkan dari Dubook Press atau dari penulisnya sendiri dengan harga RM25.00.




Kalau korang ni pembaca blog beliau korang tahulah penulisan sengal-sengal bermotivasi dia. Kupasan satu-satu cerita dalam #TelegrafCintaUSD sangat sarat dengan pedoman, pengajaran dan nasihat yang mana kebanyakannya adalah cerita dari pengalaman penulisan sendiri. Kenapa anda harus memiliki buku ini adalah:


1) Semua catatan penulis akan ada yang kena mengena dan terpalit kepada kita. Contohnya tentang sifat cemburu, semua orang ada sifat cemburu dan yang menjadikan kita berbeza adalah bagaimana kita mengatasi sifat cemburu itu. Dan dalam buku ini penulis memberi idea dan pandangan beliau bagaimana cara beliau mengatasi rasa cemburu dan ke mana beliau bawa perasaan itu.

2) Buku ini tidak akan memboringkan anda. Bukan sahaja tidak boring dengan cerita dan motivasi, namun setiap helaian dijamu dengan warna-warni yang pasti akan membuat otak kita segar pada setiap bait bacaan kita dalam buku ini. 


3) Dan yang paling istimewa adalah terdapat gambar-gambar peribadi penulis dalam buku ini. Semua cantik-cantik dan bukan satu tapi banyak. Kebanyakan gambar di-capture sendiri oleh penulis. Cantik-cantik semuanya.


4) Prakata buku ini ditulis oleh Imam Muda Asyraf. Kalau nak baca apa yang IM Asyraf tulis korang kena beli la sendiri. 


5) Yang paling best sekali adalah penulis ada melampirkan satu nashkah bonus catatan kehidupan pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah. Aku baca pun menangis weh. Sedih sangat. :(


Belilah buku ini. InsyaAllah berbaloi. Ada banyak teladan dan pengajaran yang mampu membuatkan anda terfikir lalu berbisik dalam hati, "ooo betul juga apa yang dia cakap."

Kalau nak beli online boleh pi usha kat blog Hami Asraff - http://hamiasraff.blogspot.com/p/beli-buku.html atau pi order dekat DubookPress - http://dubookpress.com/produk/telegraf-cinta-usd/


Enjoy!

1 comment: