Sunday, 15 March 2015

macamana nak lepaskan kalau dah sayang?


tak semua yang kita nak kita akan dapat. walau tak banyak, kalau itu bukan untuk kita, kita tak akan dapat. begitu juga kasih sayang. kita memang tak boleh paksa orang sayang kita. kita juga tak boleh sekat hati kita untuk menyukai orang. apa yang kita boleh buat adalah move on. aku tahu, bukan senang. sakit, pedih, derita hati tu kita saja yang tahu. lalu hati terdetik, "kenapa aku?"

hanya Allah sahaja yang tahu kenapa. 

kadang-kadang cuba untuk berpura-pura tapi tak boleh. cuba untuk taknak tunjuk. cuba untuk tak ternampak di riak wajah. cuba untuk senyum walaupun pahit. cuba untuk buat biasa. cuba untuk buat macam tiada apa-apa, tapi susah. sebab benda dah melekat kat hati. kalau hanya ada sipi-sipi kita masih lagi boleh control malah hanya berfikir 2-3 minit sahaja dah setel. tapi bila dah tahap melekat kat hati ni 2-3 tahun pun tak boleh nak move on lagi.

susah kalau melibatkan hati ni. suami isteri yang hidup 30 tahun pun boleh lagi bergaduh dan bercerai inikan pula yang setahun dua. 

macamana nak lepaskan kalau dah sayang?
bukan senang kan.
itulah pengorbanan.
dan ketabahan.
perjuangan.

2 comments:

  1. Lepaskan je.
    Memang susah.
    Kalau tak lepaskan lagi susah.
    Lebih baik lepaskan sahaja.
    Seperti melepas kentut di bilik sendiri

    ReplyDelete
  2. Yakin boleh. Life doesn't resolve around one person only.
    Let go of the past, live in the present & look forward to the future.

    ReplyDelete