Thursday, 8 January 2015

Second Chance



Kat dunia ni berapa kerat je yang dapat peluang kedua yang betul-betul dia harapkan. Maksud aku peluang jika boleh diputarkan waktu untuk dia tidak mengulangi kesilapan yang pernah dia lakukan. Ok malam tadi aku bersyukur kerana aku diberi hidayah tentang pentingnya peluang kedua. Tentang pentingnya untuk berfikir sebelum membuat keputusan, tak kisahlah keputusan yang on the spot atau tak. Tapi biasalah, aku sebagai manusia biasa ni tak lari dari membuat kesilapan iaitu terpengaruh dengan persekitaran dan kawan-kawan. Orang cakap kita kena utamakan diri kita dahulu baru boleh fikir tentang orang lain.

Apa yang berlaku malam tadi adalah, aku betul-betul menyesal. Bagai diberi peluang hidup untuk kali kedua. Alkisahnya begini, aku pergi shopping. then masuk satu kedai yang popular ni. Aku memang teringin gila nak beli kasut. Ada satu kasut ni memang smart gila memang kalau tengok kenyang lapan tahun. Kasut ni pulak mahal, tapi ada promotion siap dapat free beberapa kasut lain plak. So kalau beli memang berbaloi dan kalau tak beli time tu memang kau akan rugi sepanjang hidup kau.

Tapi harganya adalah RM600. Hambek kau. Mampooo? Ok disebabkan aku dah dihasut syaitan di sekeliling aku termasuk kawan dan promoter tu, aku pun beli dengan men-swipe aku punya debit card. Ok, hilang RM600 aku. Tiba-tiba, lepas check baki dalam bank tinggal baki RM600 je lagi?? Haaa??? Apa??? Banyak benda lagi tak bayar! Kereta, rumah, internet, bil telefon, makan, minyak dan perbelanjaan yang lain. Gilaaaa. Mati laa aku kali ni. Kalau aku pulangkan balik kasut ni memang lah kedai tu takkan bagi balik duit aku RM600 tu. Mati hidup balik pun dia takkan bagi.

Aku pun berdoa dengan penuh khusyuk. Dalam doa itu aku penuh berharap agar aku akan diberi jalan keluar dan aku tidak akan mengulangi kesilapan bodoh ini lagi. Tiba-tiba... Tinggg......




Ya Allah aku bersyukur sangat. Allah perkenankan doa aku. Allah sedarkan aku dari mimpi itu dah kembalikan aku ke alam yang nyata dengan peluang kedua. 

Rupa-rupanya roh aku yang pergi shopping tu. Amboi nakal betul kau roh. Siap beli kasut RM600. Kau tahu kasut aku tak sampai RM100 pun. Lain kali jangan buat perangai macam ni lagi tau. Ni maybe sebab semalam aku teringin nak beli kasut putih untuk pergi Hi-Tea company bulan ni. Adoi siap masuk dalam mimpi lagi nak beli kasut.

1 comment:

  1. aku banyak learnt tentang peluang kedua ni,ada manusia memang perlukan peluang kedua

    ReplyDelete