Wednesday, 21 January 2015

SAYANG BUAT APA TU? RINDU U.

(Dah pernah post cerpen ni, tapi kali ni ada tambah sikit)



“Sorry Fik pasal hari tu. Disebabkan aku, kau dengan Hany gaduh.”

“Eh, takde apelah. Hal kecik je Zim. Aku ngan Hany dah ok.”

“Baguslah kalau macam tu. Kalau tak, sampai sekarang aku akan rasa bersalah dengan korang. Aku tak sengaja tunjuk gambar kau dengan Nora tempoh hari. Lagipun Hany tak sepatutnya cemburu sebab korang kan business partner, dia kenalah faham.”

“Tak payah lah citer pasal benda ni lagi. Semua dah settle. Thanks sebab ambil berat pasal aku dan Hany.”

Aku mematikan perbualan dengan Azim di situ. Fikiranku terus tertumpu kepada Hany. Dah tiga hari dia tak reply sms aku. Call pun tak berjawab. Sejak bertengkar tempoh hari tentang gambar-gambar mesra aku dan Nora, dia terus sms marah bukan-bukan seperti api yang disimbah petrol. Maraknya menjadi-jadi. Aku yakin dia dihasut. Muka dah cantik, tapi sayang kau tak dapat kawal emosi.

Pagi itu aku bangun seperti biasa. Subuh. Dan tidak mandi pagi. Ruang katil di tepi masih kosong. Masih belum berpenghuni. Sememangnya aku membayangkan ia menjadi singgahsana Hany namun bila dah jadi macam ni macam makin tipis untuk kami bersama lagi. Risau dan gelisah melingkar ke segenap raga dan jiwa. Barangkali rajuk dan marahnya masih berbaki dan menebal dek kerana gambar mesra aku dengan Nora. Ex aku. Tapi semua tu sudah menjadi sejarah dalam hidup aku yang lampau. Cintaku yang sekarang hanya pada Hany. Cuma Hany je yang tak berapa nak faham dan sering salah sangka.

Udara pagi Sabtu itu yang terlalu dingin sedingin jiwa aku tika ini membantutkan hajat untuk membasahkan badan. Lalu aku terus mengadap laptop. Klik semua website wajib. Blog, facebook, twitter, dan youtube. Status semalam di facebook mencecah 500 like tidak dihiraukan. Walau status aku tu dah kira hot gila tahap dewa namun aku pasrah kerana sememang status Mat Lutfi lagi power. Oh, sejak dia dah ada buku catatan ni makin popular aku tengok. Aku scroll down lagi dan klik link-link yang menarik perhatian. Berita kemenangan Joe Flizzow dan SonaOne sebagai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu ‘Apa Khabar’ masih lagi hangat. Aku like. Dan pada ketika ini aku masih belum mendapat berita apa-apa khabar dari isteriku.

Puas aku pujuk Hany. Aku SMS, Whatsapp, WeChat, DM, Inbox FB, Email tapi semuanya tidak dilayan. Ni sekarang ni pun aku sedang download telegram sebab hari tu aku tengok di guna telegram. Last option melalui media sosial ni. Dalam semua apps yang aku mesej dia, dia pilih untuk reply di SMS. SMS berbau pasrah. Dia seakan mahu minta putus. Aku soal kenapa. Dia reply jawapan untuk soalan itu ada pada aku. Jawapan apa? Aku makin tak faham. Bingung. Perempuan ni memang complicated. Isu yang sekecil kuman boleh jadi sebesar gajah.

Setelah sejam aku membuang masa, aku terlihat activity feeds di kotak tepi bahagian sisi facebook. Ada gambar yang baru diupload dengan caption yang puitis. Gambar Hazim dengan keadaan tangannya menghala ke hadapan dipegang oleh girlfriendnya. Riak wajah Hazim dalam gambar itu tampak bahagia. Sungguh terpancar kebahagiaan. Sweet betul Hazim dengan Alia ni.

****

“Saya nak alasan yang kukuh kenapa awak nak saya lepaskan awak. Saya dah jelaskan segalanya pada awak yang Nora dan saya takde apa-apa.” Aku SMS kepada Hany. Namun dia tak reply. Mungkin sedang mencari alasan yang kukuh. Aku biarkan dia. Kepala aku makin sakit. Stress.

“Zim, aku tumpang rumah kau malam ni. Aku tensionlah.” Aku whatsapp Hazim.

“Orait bro. Datanglah. Lagipun lama dah kita tak borak sama.”

Sampai je rumah Azim, kitorang terus lepak dalam bilik. Aku baring kat katil Hazim sambil mengusap perut aku yang berbunyi dari siang tadi. Dia pandang aku.

“Kau lapar eh? Jap bro aku masakkan kau nasik goreng baik punyeeeer.” Sambil halakan ibu jari dia ke muka aku. Dah rupa Dafi aku tengok. Cuma muka Dafi tu jambu, dia pulak jamban.

Sejurus sahaja Azim keluar dari bilik, telefon dia berbunyi. Ada telegram masuk.

"Ah, mengganggu betullah! Baru je nak lelap." Aku membebel sambil capai telefon Azim. Ada mesej masuk. Terpampang satu mesej pada skrin iPhone6 plus nya.


“SAYANG BUAT APA TU? RINDU U.” -Hany.


No comments:

Post a Comment