Saturday, 17 January 2015

Resolusi 2014


Alhamdulillah, kita masih bernyawa dan diberi peluang untuk menghirup udara pada tahun 2015. Oleh itu semua dah buat resolusi untuk 2014? Dah tercapaikah belum azam 2014? Ke masih dalam angan-angan yang kabur? Hahaha. Jujur aku kata, aku memang tak ada azam yang spesifik. Setiap tahun azam nak habis study yang terbengkalai selama beberapa tahun ni. Dan azam tu akan bakal dibawa ke tahun 2015. Adoi.. Tapi 2014 banyak mengajar aku untuk jadi diri sendiri dan banyak membentuk peribadi diri. Banyak jugak kisah sedih, sepi, terkilan, terharu, dan sebagainya. Tapi antara semua-semua tu, ada juga yang menghappykan iaitu bila dapat kerja. Walaupun kerja takdelah jawatan besar sangat, tapi Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab result aku ni pun takdelah gempak sangat.

Perjalanan 2014 sangat mencabar dan aku yakin 2015 lebih mencabar. Banyak perkara yang perlu aku lakukan sendiri, berdikari, dan banyak benda yang perlu dikorbankan. Ada banyak perkara yang senantiasa menjadi kerunsingan aku di 2014 akan aku jadikan sebagai azam untuk 2015.

Sometime, banyak perkara dalam hidup ini walaupun kita dah kecapi tapi kita masih lagi rasa tak cukup dan tergantung. Banyak kekurangan yang kita perlu tampung dengan kelebihan yang ada. Perkara yang hilang, usah ratapi terlalu lama. Redha dan move on. 

Justeru apa resolusi 2014? Kuatkan diri dan lebihkan rajin mengadap buku. Azam 2015? Siapkan master, dan kumpul duit untuk pelaburan masa hadapan.

OK, wishlists jangan lupa. Grab sementara masih bujang.

1 comment: