Monday, 19 January 2015

Cinta Roman



“Awak tahu tak, awak ni cantik sangat-sangat. Kulit awak putih, senyuman awak manis, bersopan santun, kalah Emma Maembong tau.”

Berbakul-bakul pujian Roman kepada Hany. Ya, Roman sememangnya memuji Hany dengan ikhlas. Pujian yang berbakul itu pasti akan berbalas dengan senyuman yang cukup menawan dan mampu memukau lelaki-lelaki berguna mahupun tak guna di luar sana.

“Ye la tu awak, semalam cakap Neelofa, hari ni Emma Maembong pulak. Macamlah Hany pernah tengok wajah diorang.” Keluh Hany dengan nada merendahkan diri dengan kekurangnya sejak dari lahir lagi.

 “InsyaAllah suatu hari nanti.” Roman beri harapan lagi kepada Hany.

“Ya Allah, sesungguhnya aku tidak mahukan mata, yang aku mahu hanyalah dia” Bisik Hany di dalam hati.

2 comments: