Tuesday, 13 January 2015

Cara untuk Menghindari Anak-anak dari Meminati K-Pop


Minggu ni memang panas dengan isu-isu semasa yang semua orang nak ulas. Ada yang membanggakan, ada yang memalukan. Ada yang tetap pendirian, ada yang terjatuh maruah. Tak lupa juga isu artis yang melamar atas pentas, aksi daring atas pentas, putus cinta, suami curang, suamiku diganggu wanita lain, suamiku dirampas, segala ada pada minggu ini sebagai pembukaan tahun 2015.

Isu K-Pop ni yang aku paling sedih melihatkan nafsu masing-masing sedang bergelora dan mengaibkan diri sendiri di khalayak ramai. Ada yang bertudung paras bawah dada dah comey dah tapi malam tu tesungkur dek kejambuan artis K-Pop itu. Aku dah tak kenal K-Pop sekarang. K-Pop dulu aku layanlah jugak. Contohnya SNSD, 2NE1, Wonder Girls, T-Ara, Kara, 2PM, 2AM, Beast, Super Junior, Big Bang. Ni je yang aku suka. Memang tidak dinafikan semua tu cantik-cantik dan jambu-jambu belaka. Six pack tak payah citer lah. Bersepah kot. Diorang kat Korea tu bukan macam AF atau mentor, hangkut semua yang sebesar gajah, atau muka pecah tembok. Kalau korang nak tahu diorang tu semua plastic surgery dik. Terimalah kenyataan bahawa suara diorang tu semua tak best macam Bob AF Mesraaaa tu.

Bagaimana nak menghindari anak-anak dari meminati K-Pop?

Senang je makcik-makcik dan pakcik-pakcik. Pertama buang/sekat Astro kat rumah terutamanya channel Korea yang duk tayang MNet Countdown, dan Drama Korea, Running Man, Music Bank segala tu (semua aku tahu kot). Rasanya SBS dan KBS World. Tak payah subscribe atau pasang arial biasa je. Boleh gi beli kat Mydin. Minggu lepas aku tengok harga RM8.90 je. Kalau nak yang mahal sikit RM50 (macam yang aku beli), banyak sikit dapat siaran seperti TV al-Hijrah dan TV9 boleh tengok Tanyalah Ustaz.

Yang kedua, tolonglah jangan pasang internet kat rumah. Makcik dan pakcik tahu tak anak-anak korang selalu akan bukak channel youtube untuk tengok si K-Poppers ni menari-nari dengan lincahnya di atas pentas sambil menayang muka jambu dan 6-Packs. Dah hari-hari tengok maunya tak merelakan dipeluk bila berpeluang. Konfemlah nakkkkkk... Sedangkan Shahir pun rela dipegang tangan oleh Rossa yang tak cantik sangat tu, inikan lagi anak-anak hingusan yang imannya senipis kulit bawang bak kata Ifti Liyana dalam filem Manisnya Cinta.

Sebagai penutup, mari kita berhenti mendengar lagu K-Pop dan mulai mendengar lagu J-Pop yang saya sedang meminati sekarang. (Tapi dinyanyikan oleh kumpulan dari Korea jugak).

SNSD - Divine (versi Jepun)

No comments:

Post a Comment