Friday, 5 December 2014

Pelajar Kantoi

Aassalamualaikum.

Hari ni ada kisah yang sangat menggeramkan berkenaan dengan student yang tandatangan bagi pihak kawan dia. Yang datang ke kelas cuma 17 orang. Tapi dalam senarai kehadiran ada 19 tandatangan. Saya pun mulai membuat penyiasatan.


Saya: Kenapa pelajar ada 17 tapi tandatangan ada 19?
(semua pelajar diam dan buat-buat fokus terhadap tugasan yang diberi)

Saya: Siapa yang tandatangan untuk pelajar lain?
(senyap dan tiada siapa yang mengaku)

Kemudian saya teliti senarai kehadiran dan lihat satu persatu. Kemudian of course lah dengan kepakaran ini saya terus dapat cam jenis dakwat pen yang digunakan sorang pelajar ini sama bagi ketiga-tiga sign.

Oleh kerana pen tu memang saya suka sebab dakwatnya boleh dipadam menggunakan pemadam yang ada pada hujung pen tu, so saya tahu la siapa empunya pen itu.

Lepas tu saya panggil la student tu (dari Somalia). Lalu bertanya:

Saya: Awak sign kat kawan awak?
Pelajar: Tak.
Saya: Betul?
Pelajar: Ya.
Saya: Pinjam pen.

Lalu saya ambik pemadam yang ada kat hujung pen tu dan padam ketiga-tiga nama.

Saya: So awak tak nak mengaku lagi? Awak tipu saya ni awak ingat saya bodoh ke?

Kemudian dia pun mengaku dan datang kat saya minta maaf siap tunjuk SMS yang kawan dia bagi lagi dengan rasa bersalah dan berjanji untuk tidak buat lagi.

Lalu saya pun menyuruh dia keluar. (sebab kelas dah habis)


p/s: Dulu aku pernah ke suruh kawan sign? Rasa macam tak pernah. Tak pernah ponteng kelas kot.

1 comment:

  1. Haha. Terasa jugak nih. Tolong menolong. Tpi itu duluuuuuuu.

    ReplyDelete