Monday, 21 April 2014

stress


ni entri ni tahap geram dah level maksima dah ni. hari-hari kena tahan cuping telinga dengar mamat sebelah bilik ni menyalak dengan lagu-lagu omputih dia. suara kalau sedap takpelah. ni dah macam suara kambing dah. menggeletar je lebih. patutlah hujan sekarang kalau turun makin lebat. dia ni nyanyi tak kira masa. asal celik mata je terus dengar suara dia. makan ka, mandi ka, buat kerja ke, time maghrib isyak, asar, zohor duk memekak je. ok subuh je tak. ni masa aku tulis entri ni dia duk memekak la ni.

aku rasa macam nak tampal ja notis atas dahi dia. geram betul. nak nyanyi tu nyanyi la slow-slow. dengar sayup-sayup pun aku tak kisah. dia punya nyanyi tu macam buat performance atas stage ala-ala konsert broadway tu. gila kelass kau. bandi amuk pun tak memekik macam dia. dah la dia tak sensitif langsung. ada orang ka tak ada orang ka sama ja. kalau orang lain, masa ada orang lalu lalang tu senyap la sekejap kan, ni dia nyanyi makin kuat. kat dalam tandas pon sama. geram je rasa. dia ingat dia berlakon dalam movie pitch perfect?? frozen?? glee?? geli aku! 

satu blok la dengar nyanyian sumbang dia tu. dah lah blok aku ni kalau orang berbisik pun boleh dengar. so sekarang, aku kalau nak tengok movie ja aku pasang speaker buat volume paling tinggi. pasang citer hantu pulak tu. pukul 12 malam pulak. hahaha. biar dia dengar. pastu kadang-kadang rasa nak tepuk tangan je bila lepas dia nyanyi. pastu nak boo. atau nak rakam pastu letak kat fesbuk. hahaha. suara dia takde lah best sangat sebab nyanyian dia tu macam mengilai ja. kalau boleh orang nak keluarkan suara dari perut kan. dia punya suara tu bukan setakat perut, punggung kaki betis peha dan tuttt segala pun keluar weh..


dia tak tahu yang suara aku ni lagi sedap dari dia.


menyampah!

No comments:

Post a Comment