Thursday, 3 April 2014

rutin cari kerja


rutin aku dalam tahun ni setiap minggu lebih kurang sama je.
bangun pagi, lepas solat, tido balik sampai pukul 8/9 pagi.
kadang-kadang terlajak sampai pukul 10 kalau sabtu ahad.

bangun, mandi, gosok gigi, cuci muka dengan sabun serimaz skincare,
pastu bukak laptop cari kerja dekat mudah.my.
aku memang tengah cari kerja ni.
aku rasa dekat mudah lebih 10 kerja part time/full time aku apply.
aku email. tapi diorang memang jenis tak reply email.
kalau dapat email cakap la. kalau sedang mempertimbangkan cakap la.
kalau tak dapat pun cakap la. senang cite.

ada tu sampai 2-3 kali aku hantar email. kata suruh email, tapi tak layan pulak.
pasrah dah.

pastu dalam pukul 11-12 baru start belek buku buat research. hmmm.
sampai pukul 4. kadang-kadang petang tido. malam cari kerja lagi.
dekat jobstreet pulak. macam tu lah.

tak produktif langsung.

1 comment: