Sunday, 16 February 2014

milestone hati.


aku belek helaian buku catatan "axiata foundation" yang diperoleh di booth celcom di job fair KLCC tempoh hari. mukasurat banyak kosong lagi. baru tiga helai tercatat. buku tu sebenarnya dikhususkan untuk catatan milestone yang disarankan oleh member aku. hanya ada dua hari milestone selama dua bulan ini. apa la nak jadi dengan aku ni.

aku catat perkara yang sama. bayar sewa bilik, bayar loan kereta, buat thesis, formula, jumpa supervisor, dan terselit juga milestone untuk menonton Ariana Rose episod 5. 

tapi ada satu milestone yang aku tak catat dalam buku tu. aku just tulis dalam kepala supaya ia sampai ke jantung dengan segera. 

No comments:

Post a Comment