Friday, 7 February 2014

jujur pada diri


kakak aku cakap, dalam perkahwinan, cinta itu kena selalu dipupuk. jangan harapkan cinta yang ada semasa bercinta je. sebab bab-bab perasaan ni kalau tak dipupuk ia mudah pudar, hambar, dan tidak mekar. cinta yang dipupuk haruslah dua hala. kalau satu hala, itu dipanggil cinta yang bertepuk sebelah tangan. tiada jawapan. tinggal persoalan. berakhir noktah penceraian.

kalau kita sayang, kita tak akan mahu penceraian. kalau kita sayang, kita tak akan biarkan orang itu bertepuk sebelah tangan. kalau kita sayang, kita tak akan biarkan orang itu tertunggu-tunggu jawapan. kita juga tak akan tak ada masa untuk orang yang kita sayang.

kadang-kadang, kita tak boleh membiarkan masa menentukan segalanya. sebab pilihan di tangan kita. nak atau tak nak. berdoa biarlah diiringi dengan usaha. berkorban biarlah diiringi dengan perjuangan. 

yang penting, usah ikut nafsu. jujur pada diri. kalau kita tak yakin dengan diri kita, apatah lagi orang lain.

kan?

1 comment: