Monday, 20 January 2014

Hai empat belas, Bai fesbuk.


Salam 2014. selamat tinggal kepada akaun fesbuk saya yang mempunyai kawan lebih kurang 700 orang sahaja. yang kenal dalam 100 je kot. haha. facebook aku tak ada apa-apa yang menarik pun. kengkawan pun tak ramai. sekadar pot-pet-pot-pet dekat group wassap pun dah ok. akibat insiden yang manjatuhkan aib aku tempoh hari, kawan-kawan banyak tanya kenapa, sampai dah tak reti nak elak, lalu aku pun mengambil keputusan untuk menyah-aktifkan akaun fesbuk yang bagi aku banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan yang diwar-warkan. 


banyak orang diaibkan, banyak fitnah dicanangkan, banyak aurat didedahkan, banyak suami isteri bercakaran, banyak iri hati yang berpanjangan, banyak sifat takabbur disebarkan, banyak yang baik diburukkan.


yang dikatakan baik itu sekadar share yang kita pun tak tahu di mana hujung pangkal cerita, sehingga tersebar satu dunia, diamalkan tanpa merujuk pakar, bagi yang tak beramal dikatakan pengkhianat agama.


sedih.

No comments:

Post a Comment