Tuesday, 3 September 2013

Kisah Aku yang Terkena Sakit Kayap Ular


Assalamualaikum.

Aku sebenarnya dah tak reti nak update blog macamana ni.
Kekok. Lagipun blog ni sape la nak baca. Rasa nak buat blog baru lah.
Blog yang lagi segar dan penulisan yang mungkin sama tapi gaya tu lain sikit.


Tak mau buang masa, aku nak cerita pasal diri aku pada seminggu yang lepas. Aku disyaki telah dijangkiti penyakit kayap ular.  Sape yang pernah kena je dapat rasa kesakitan ini. Ouchh..


Dari segi luaran nampak macam kulit yang terkena benda panas atau luka accident, tapi yang membuatkan kayap ni lain dari yang lain adalah bisa dia. Kesakitan dia mencucuk-cucuk, pedih, berbisa, berdenyut-denyut. Ditambah pula dengan lokasi yang dinaiki kayap. Kalau dekat badan yang permukaan rata still ok lagi. Tapi kalau di kawasan yang sentiasa bergerak seperti leher atau siku ke, oh memang hazab lebih wei.


Kepala aku ni seminggu macam robot. Kalau nak tengok benda, dengan badan kena pusing sekali. Alhamdulillah sekarang dah sembuh cuma ada parut je dekat bahu dengan leher. Lepas ni dah tak boleh pakai baju seksi-seksi. Kena butang sampai atas lah. Hahaha.


Oh, lupa pulak nak bagitau kronologi kayap ni.


Ok, mula-mula pada hari Rabu 2 minggu lepas, aku balik dari lab awal sikit sekitar pukul 4 kot. Then aku pi mandi. Lepas je mandi aku rasa bahu aku ni pedih sket. Aku tengok dekat cermin bahu aku dah merah-merah. Aku tak syak apa-apalah. Maybe aku ada tergaru kot. Malam tu terasa makin pedih bila aku pakai baju.


Hari Khamis pula aku dah rasa tak selesa bila baju bergesel dekat bahu. Aku tunjuk kat Radzi. Dia bawa aku ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Thanks tolong bawa aku walaupun tengah struggle dengan thesis. Cepat gila servis sebab takde sangat orang kat situ. Tapi bengang bila Doktor yang check aku tu macam tak serius je. Dia jeling-jeling gitu je pastu cakap aku alergi makanan. Haktuih aku alergik makanan hamendenya. Masa aku kena tu aku puasa 3 hari. Dahlah tak sahur. Berbuka dengan roti je. Alergik menda. NAMPAK SANGAT MALAS NAK CHECK. Dahlah dia bagi aku ubat gatal. Aku dah cakap yang aku tak gatal hokey..


Hari Jumaat, keadaan makin parah. Suara aku pun dah lain macam nak demam. Masa solat jumaat memang dah sakit gila sampai termenitis air mata dekat masjid. Orang yang nampak aku time tu mesti dia kagum dengan air mata taubat aku. Padahal aku tengah tahan sakit. (dalam masa yang sama sedang bertaubat juga) Huhu.


Lepas solat Jumaat, aku ajak Radzi bawa aku pi PKU lagi. Kali ni request nak doktor perempuan Melayu. Bagus lah layanan dia cuma dia pun tak sure kayap ke apa. Aku time ni memang dah sakit dah sebab dia nak cuci luka.


Petang tu aku call mak aku, dia suruh aku balik kampung. Aku pulak tak tahu nak balik ke tak. 2, 3 kali jugak fikir. Pastu buat keputusan nak balik lah malam tu. Lepas Maghrib gi cari tiket bas then terus balik kampung. Razik hantar aku. Thanks Jik tolong hantar. Dalam bas tu memang kena duk kaku je tak leh nak gerak sebab pedih dan sakit. Sabar je lah.


Sampai je rumah terus tunjuk kat mak aku. Mak aku terkejut juga sebab bila aku tunjuk. Luka dah jadi kuning sebab air bisa kayap keluar. Dengan aku sekali terkejut. Pagi tu tak mandi. Terus pergi rumah Pok Tih Wea (tok guru mengaji aku masa kecik-kecik). Dia rawat dengan kaedah tradisional.


Antara daun-daun yang dia guna adalah sireh, pinang, delima, pastu satu lagi aku dah lupa. Dia baca ayat-ayat al-Quran. Pastu dia semburkan daun-daun yang dia kunyah tadi. Pedih jugak. Pastu dia bagi beras. Kena tumbuk dan letak air pastu sapu kat luka.

2-3 hari lepas tu luka dah baik. Alhamdulillah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan kesejahteraan saya.


Bye.


Hari kedua



Hari ketiga



Hari keempat 



Hari kelima



Hari keenam



Hari ketujuh



Hari kelapan



Hari kesembilan



Hari ini. (Hari keempat belas)

p/s: ekceli kayap yang kat bahu ni kepala ular. Kayap ni bersambung ke belakang dan datang ke perut berhenti dekat pusat. Ekor kepada kayap ular ni berhenti dekat pusat.

8 comments:

  1. pergh.. pedihnya.. tgk gmbr pn blh rasa pedih.. xpe, cuci dosa2.. alhmdulillah, dah smakin pulih..

    ReplyDelete
  2. ishhh ngeri plak rasa tgk pics ni, cam leh trasa je pedihnya. nasib baik dah nak baik kan

    ReplyDelete
  3. pernah alami dulu..keliling perut..memang sgt pedih.so mengerti kesakitan awak.huhu

    ReplyDelete
  4. bace perkataan ular tu pun dh menakutkan..

    ReplyDelete
  5. camne boleh kene T_T yarabbi seramnyaaa

    ReplyDelete
  6. camne boleh ke T_T yarabbi seramnyaaaa

    ReplyDelete