Wednesday, 14 August 2013

senyap


semua orang ada masalah.
orang gila pun ada masalah.
nak tahu apa masalah dia?
masalah dia gila lah.
cuma dia tak fikir banyak macam orang waras.

aku rasa aku waras lagi.
aku rasa aku belum dewasa.
sebab masih ramai ingat aku ni budak-budak.
yelah diorang bukan tahu pun umur aku berapa.
plus diorang duk ingat diorang lagi hidup lama.
so, diorang tak rasa aku ni ada masalah.

aku tengok orang dewasa ni ramai yang tak betul.
apatah lagi budak-budak macam aku.
orang yang aku respek pun kadang-kadang perangai menjengkelkan.
banyak main emosi dan menyakitkan hati.
sampai hati aku tersentak macam ni,
"eh, kenapa dia sampai cakap macam tu".
dalam kategori teruk jugak.

***

kalau nak bagi respon,
formula dia senang je.
fikir sebelum cakap.
analisa sebelum bertindak.

tapi,
formula aku: senyap.
manusia tak dengar takpe.
Allah ada selalu dengar apa yang aku diamkan.

1 comment:

  1. pergh.
    boleh dipraktikkan nih.
    senyap!
    thanks. :)

    ReplyDelete