Friday, 16 August 2013

Allah tahu


kita (termasuk aku dan ia sebenarnya banyak merujuk kepada aku) kadang-kadang nak macam-macam. Bila orang lain hensem, kita pun nak hensem. Bila orang lain ada jam mahal, kita pun nak jam mahal. Bila orang lain ada kereta, kita pun nak kereta. Boleh dikatakan kita nak semua benda yang best-best.

Tapi kita lupa, di samping kita tidak ada barang-barang yang best tersebut, Allah sebenarnya telah menganugerahkan perkara yang lebih berharga dari barang tersebut iaitu - sahabat yang baik.

mana nak cari sahabat yang baik sekarang ni? 
Alhamdulillah , aku bersyukur Allah kurniakan aku sahabat-sahabat yang baik. 


kredit: instagram: WanZulqhairi

1 comment: