Monday, 29 July 2013

suku abad


mula berkenalan di alam maya iaitu twitter.
aku stalk, buka blog dia, tengok gambar dia kat header.
sekali tengok macam mat rempit, dua kali tengok macam gengster.
mula-mula borak dalam twitter pastu dia ajak jumpe.
dia cakap port dia dalam masjid dekat tiang depan tangga.
tapi aku tak gi cari dia sebab aku ni pemalu gile.

hari tu aku kena pergi mid valley.
terkejut juga bila dia cakap nak join sekali.
aku memang amat-amat berbesar hati.
walaupun nervous jugak nak borak apa dalam kereta nanti.

pejam celik pejam celik dan dua tahun mengenali.
banyak perkara kami share dan kongsi.
aku dah banyak rasa terhutang budi.
hanya Allah yang bisa membalasnya nanti.

mula-mula kenal, dia cakap dia pemalu dan tak banyak cakap.
sekarang ni ya ampun, dalam kereta tu bila dia nyanyi memang hazab.
pitching ntah kemana-mana tapi selalu puji suara dia sedap.
boleh laa..ala-ala peserta kilauan emas yang dah nak malap.

ada satu benda indah dalam bersahabat.
tapi perkara ini bukan semua orang boleh buat.
perlukan jiwa yang kental dan hati yang kuat.
ketika nak ucap, "ya, aku terasa dengan ko" memang rasa berat.
tapi sejujurnya ungkapan ini adalah ubat.
jiwa yang resah terus jadi sihat.
semoga Allah merahmati persahabatan kami dunia dan akhirat.
semoga ukhuwah ini terjalin hingga akhir hayat.

tahniah kepada sahabat baik saya kerana telah mencecah umur yang ke suku abad.
semoga dikurniakan tubuh badan dan akal yang sihat.
semoga dirahmati Allah dalam semua perkerjaan dan ibadat.
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang berkat.
semoga dimakbulkan doa-doa yang tersurat dan tersirat.
Amin.



















:")

2 comments:

  1. Hehehe. Selamat menjalani 10 malam terakhir ramadhan ^^

    ReplyDelete
  2. sampaikan selamat hari lahir kat Mr. Razik!
    hehehe.. :D

    ReplyDelete