Thursday, 4 July 2013

rebate


korang ingat lagi tak yang rebate smartphone RM200 tu?
masa mula-mula keluar rebate ni aku ada register online.
pastu dia bagi tempoh dua bulan je kan.
aku ingat dia dah expired.
tapi boleh register sekali lagi.
aku pun register tanpa cakap banyak.

member aku cakap ada kedai nak bagi henfon free guna rebate.
cuma kena bayar RM5 je untuk wang proses.
henfon CSL model switch star neo katanya.
boleh lah nak touch-touch skrin + ada android bagai.
kalau boleh aku nak phone keypad nokia tu je.

aku dengan kawan aku ni gigih la pergi kat kedai tu.
kat LRT sungai besi.
masuk je kedai tu orang tu cakap kalau nak guna rebate kena tambah RM65.
pulak dahhh..
aku tanya kenapa pulak?
dia cakap kena beli sekali dengan memory card dan skrin protector.
kami cakap tak nak benda tu.
dia cakap kalau taknak tak boleh guna rebate.

kami cakap bye.

6 comments:

  1. hahhahhaa. rebate aku pon expired dah. actually xtau nak beli hp ape. sbb, hp yg cntek2 sumer mahal2. aku nak crik hp murah2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. henfon murah2 ni biasanya bukan smart fon pulak.

      Delete
  2. org meniaga ni mcm2 dia pusing nak kasi untung lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu tak pe. kalau nak untung sekali pun jangan lah obviously nampak.

      Delete
  3. tetap cari untong. kami cakap bye,langkah bijak.

    ReplyDelete