Thursday, 25 July 2013

perang


hari ni aku isytihar perang dengan kucing-kucing yang merempat kat blok aku tu.
aku rasa macam nak cabut je bulu-bulu kucing tu sekor-sekor.
rasa nak gunting ja ekor diorang tu.
korang tahu tak dia gi berak betul-betul depan bilik aku!
atas lantai!
takde berlapik-lapik dengan kasut dah.
gila. meroyan aku kejap pepagi dah kena jadi tender taik kucing.

aku pelik kenapa dia mai bilik aku???????
padahal aku dah pindah bilik.
kat bilik dulu dia mai kencing ja.
aku buat bodoh ja lah sebab tiap-tiap hari kot dia kencing.
kat koridor lah bukan dalam bilik.

sekarang bila dah pindah bilik dia upgrade sket mai berak plak.
nasib baik taik keras senang nak sapu.
kalau cair macamana?????????

adakah dia berdendam dengan aku?
sebab malam tadi masa aku bukak pintu diorang pakat berlari nak masuk bilik.
ada hati konon nak masuk bilik aku. cehh!!!
pastu aku cecepat lah nak tutup.
sekali kepala dia dah termasuk sikit, pastu aku tercekik leher dia dengan pintu.
tragis gila sebab dengar dia mengeow kuat gila.
aku bukannya sengaja nak buat macam tu.
dia yang duk galak sangat pasai pa?
aku bukak balik pintu tu.
dia pun pi main kat lain.

dah esoknya dia mai berak.
tapi tak tahu la yang mana satu yang berak.

haih..pening aku duk pikir masalah ni.
takkan hari-hari nak hidu bau taik kucing kot.

1 comment:

  1. Mak aku cakap kucing nie akan berak or kencing tempat yang dia dah mark . Kira tanda kawasan lar. Mungkin kes tuka bilik tue, ko bawak sekali bau port dia kot. hahaha..

    ReplyDelete