Saturday, 6 July 2013

Pee Mak


Ada yang tahu dan ada jugak yang tak tahu apa dia Pee Mak tu.
Pee Mak tu macam Nang Nak tapi versi romantik gilaaa.
Pelakon pon bengong-bengong lawak gila nak arwah wei.

Hari tu aku ngan memember aku nak gi lunch.
Kitorang nampak poster Pee Mak besaq gila kat billboard.

aku: jom tengok movie ni.
rakan: citer apa ni.
aku: citer pee mak. hantu kot.
rakan: ishh apa dia citer ni. mengarut ja. benda khurafat ni.
aku: k.

dua tiga hari lepas tu.

rakan: wei hang dah pi tengok pee mak? best gila wei.
aku: sembang ja lebih. hari tu kata mengarut.
rakan: hari tu belum tengok. ni dah dua kali tengok. 
aku: nantilah aku ajak sesape tengok.
rakan: kalau takde orang nak gi tengok, bagitau aku. aku nak tengok lagi.
aku: K!

disebabkan rakan aku tu nak tengok lagi buat kali ketiga tu lah, aku rasa nak tengok.
dan aku bukan tengok dengan dia. hahahaha.



2 comments: