Friday, 19 July 2013

oh universiti ku sayang


oh universitiku sayang,

Sudah menjadi adat dan kebiasaan,
Bila datangnya orang kenamaan,
Baru kelam kabut nak turap jalan,
Turap pun jalan yang utama je kan,
jalan lompong yang lain dibiarkan,
Kalau orang kenamaan tak datang,
Bila lubang sebesar longkang,
Baru diorang perasan.

Kebajikan pelajar tak dilayan,
Kalau layan pun diorang tapis macam santan,
kena turun naik turun naik bangunan,
kena isi macam-macam borang,
kalah orang nak failkan penceraian.
Maklumlah kita orang bawahan,
Yuran berpuluh ribu tu apalah sangat kan.


Sekian.

No comments:

Post a Comment