Sunday, 7 July 2013

cinta infiniti


fitrah manusia mahu benda-benda yang cantik dan molek.
tidak terkecuali aku, dia, korang, mereka, dan kamu.
acapkali aku terfikir, apa akan terjadi bila tua nanti.
bimbang cinta pudar di bawa arus masa.
seiring dengan kekaburan pada retina dan kornea.

macam dengar lagu. 
mula-mula suka. 
lepas tu jadi boring gila.
yeah i know.
tak boleh nak samakan lagu dengan manusia.

mungkin sebab itu cinta perlu lahir selepas akad.
bukan habiskan nilai cinta semasa masih haram.
nanti lepas kahwin cepat boring.
mulalah sorang-sorang keluar belang.
kesannya anak-anak kurang kasih sayang.

moga Allah ciptakan jodoh untuk aku.
satu dan hanya satu dari tegang sampai kedut.
kerana bagi aku cinta itu infiniti.
kita boleh bawa cinta sampai syurga.


No comments:

Post a Comment