Thursday, 27 June 2013

megi


orang kata megi tu merbahaya,
tapi bagi aku pula,
megi tu kadang-kadang penyelamat juga.
korang faham kan maksud aku.

aku bersyukur bila megi diciptakan,
tapi dalam hidup aku selama 24 tahun ni,
satu benda yang terkilan bagi aku,
bila megi yang aku masak dengan gigih,
namun aku makan tak habis,
rasa muak sangat-sangat dah.
mual pun ada juga.
padahal lapar gila.
yang aku yakin dan pasti,
ini bukannya faktor cinta.

ini faktor rendam lama sangat.
megi jadi kembang setupperware.

T___T

kalau balik rumah ada juga hari yang kena masak megi.
pastu adik aku pun tiru nak makan megi jugak.
sebok je nak ikut aku.
pastu dua-dua masak megi.
makan depan tivi.
bila bonda mintak nak rasa,
dua-dua hulur mangkuk.

perangai aku macam biasa.
pasti tanya megi sape paling sedap.
jawapan bonda masih sama.
maggi aku semestinya juara.
adik aku pasrah je.
dah megi dia memang tak sedap.
main celop air panas je kucing boleh buat.


fakta: jarang aku masak megi tak sedap.

8 comments:

  1. megi ni dah jadi makanan ruji saya masa blaja dulu, bila dah keje ni kurang skit makannya tapi bila sekali sekala makan mmg nikmat lah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... bila kelaparan+kemalasan, memang akan menjadi penyelamat :)

      Delete
  2. buat megi ketam or sotong... sedapppp.. n letak kobis.. at least ade sayur..jgn lupe gna bwg putih ketuk n tumis dl b4 masuk air... harum bau meginyer :)

    ReplyDelete
  3. megi kari+sosej+telur+sayur. nyumss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap wehh... telur tu biar jadi separuh masak.

      Delete
  4. tetiba rasa nak makan megi plak, mmg salah satu fevret food nih. tapi skarang dah kurang sbb si kembar pun suka megi so kalau nak makan kena tunggu diorang tido. utk diri sendiri telan megi tiap hari pun tak kisah, tp untuk anak anak tak leh laa bagi selalu megi not so good kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. heran lah kenapa kanak-kanak minat megi? sebab memang sedap ke?

      Delete