Saturday, 15 June 2013

Kehidupan adalah perjuangan versi sembang kosong.


Laptop.
Eh, korang tahu kan laptop aku kena curi.
Adalah aku cerita dekat entri yang sebelum ni. (sini)
Lepas laptop kena curi, pastu aku buat-buat berlagak:
"ingat takde laptop takleh hidup ke? takleh writing thesis ke?"

Selepas seminggu...
Ya, takde laptop memang takleh nak writing thesis.
Balik bilik je tak tahu nak buat apa.
Terus tidur.
Aku tak segigih nak tulis dekat kertas lepas tu taip dekat komputer ofis (lab).
T_T


Ofis memang bagi komputer kepada budak-budak master.
Dan ofis bukak seawal jam 7 pagi - 11 malam. Isnin - Jumaat.
Manakala 7 pagi - 8 malam. Sabtu - Ahad.
Namun, aku bukan seorang yang berani nak stay sampai malam.
Disebabkan laluan pejalan kaki sangat seram.
Walaupun UPM ni dikatakan berada di tengah kota metropilitan.

Aku memang tak ikut jalanraya.
Jauh gila kot.
Oleh itu aku ikut lalu pintas.
Lalu ikut Kolej Mohamad Rashid yang sudah beberapa tahun ditinggalkan.
Tiada penghuni.
Ada penghuni sebenarnya. Jin.
Lagi seram dari Flat 3A (gambar).

Aku suka sebenarnya jalan kaki. Serius!
Sebab aku rasa semakin rajin dan bersemangat.
Cuma segan.
Segan bila kawan-kawan tanya.
"Balik dengan apa?"
Kalau aku cakap jalan kaki, mesti diorang nak hantar.
Sebenarnya tak nak susahkan kawan-kawan.
Aku pun jawab.
"Dah ada orang ambik."
"Sape?"
"Ada lah!"
Maaf ye sebab tipu. Hihi.


Aku sebenarnya nak cakap yang aku dah beli laptop.
:')




1 comment:

  1. Jemput >> http://rawrmeansaranghaeyo.blogspot.com/

    ReplyDelete