Tuesday, 28 May 2013

Kena Rompak! Apa?? Rompak??


Iye. Betul la tajuk tu. Dan akulah mangsanya. Sobsss.. *nanges tepi header*

Assalamualaikum pembuka bicara. Sobsss

Kira-kira pada Sabtu yang lepas, aku bersama tiga lagi rakan (Razik, Amey dan Zul) pergi ke Pasar Tani Maeps untuk breakfast. Sobss..

Sobss...sobsss. Bila nak habis cerita ni???

Lepas sampai kat Pasar Tani tu kitorang pergilah cari makanan dan breakfast kat sana. Then lepas makan dan borak-borak, kami pun nak balik dah. Sejam je ada kat sana dalam pukul 9-10 pagi. Lepas tu kami ke kereta. Masa ni aku tak perasan lagi beg deuter aku tu hilang.

*flashback*

Lebih kurang pukul 7:45 pagi Razik ambik aku kat Stesen Bas Hentian Kajang. Aku dari kampung, Besut. Bawak beg galas. Beg Deuter tiruan yang aku kirim kat Radzi beli kat Padang Besar. RM60 je. Murah. Beg kaler merah. Dalam kereta aku letaklah beg aku kat tengah-tengah antara seat depan dengan seat belakang sebab nanti kami nak gi ambik Amey dengan Zul dekat Kolej.

*Lepas breakfast*

Kami semua ke CIMB bank dalam UPM sebab nak ambik duit. Tapi malangnya out of service. :(
Kemudian aku mengoffer diri untuk drive kereta Razik. Maklumlah dah lama tak drive. Teringin sangat. Lepas tu aku perasan yang aku ni tak pakai spek. So aku mencari-cari lah spek aku. Tak ingat letak kat mana. Nak cari dalam beg, tup-tup baru perasan beg hilang. OMG!!!!

*Bergegas ke Pasar Tani Maeps*

Cari kat sana. Manalah nak jumpa. Rasa macam keajaiban berlaku sebab Razik cakap dia dah kunci kereta. Aku pun nampak dia memang dah lock kereta. Kemudian kami gi tanya dekat orang yang jaga di Pasar Tani tu. Dia pun ceritalah yang sebelum ni dua tiga bulan lepas memang dah berlaku rompakan. Perompak tu umpil kunci kereta. 

Kitorang pun pergi lah check kereta Razik. Ya. Memang kena umpil dah sebab Razik try nak masukkan kunci tapi tak dapat. Dah ada kesan bengkok. :(

Kitorang pun pergi buat report polis. Polis cakap tadi ada jugak orang mai buat report benda yang sama kejadian di tempat yang sama. :(

Barang-barang yang hilang:-

  1. Laptop Lenovo
  2. Charger handphone
  3. Power bank
  4. Pendrive (2 bijik)
  5. Broadband
  6. Kunci bilik
  7. Perfume/deadorant
  8. Pakaian
  9. Earphone
  10. Novel
  11. Buah mangga yang Ma bagi. :(
  12. Dan lain-lain.
Aku redha dan terima dugaanMu yang Allah. Aku bersyukur kerana aku terpilih untuk menerima ujian dari-Mu ya Allah. Aku tahu ada pesanan di sebalik kejadian yang Engkau timpakan kepadaku.

Kepada pembaca-pembaca sekalian, hati-hati tau. Tak payah rasa tempat itu atau tempat ini selamat. Berjaga-jaga itu yang terbaik.


3 comments:

  1. sabar. ingt ta kita borak2 hari tu masa awal2 bro kena rompak. nak buat mcm mana. harap insaflah perompak tu

    ReplyDelete
  2. Tahniah sebab dipilih oleh Allah untuk menerima ujian sedemikian.Sebagai peringatan di hari muka.Balasan Allah menanti meeka di sana.Sabar lah.

    ReplyDelete
  3. Sabar ye que. Ada hikmah kenapa semua benda ni terjadi. InshaaAllah semoga balasan diberikan kepada insan yang berkenaan tu.

    ReplyDelete