Tuesday, 30 April 2013

Bersabar

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, yeay.. Aku masih bernyawa. Masih lagi dapat menikmati hidup dan rezeki dari-Nya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah. Walaupun aku banyak dosa, tapi Allah tetap bagi peluang untuk aku terus menikmati hidup ini dan dalam masa yang sama aku muhasabah diri yang kadang-kadang jauh terpesong dari ajaran Rasulullah. Banyak sunnah yang aku tak amalkan. Sesungguhnya aku bukan umat yang baik. Tapi insyaAllah aku akan tetap berusaha. 

Satu perkara yang aku belajar dari kehidupan adalah erti sebuah kesabaran. Semua orang tahu apa itu sabar, tapi tak ramai yang betul-betul faham erti sebenar sebuah kesabaran.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 153, maksudnya:

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"
Bila kita ada masalah, susah, gundah gulana, stress, dan macam-macam lagi kita memang kena banyak bersabar. Jangan banyak mengeluh (walau pada hakikatnya memang kita tak sedar kita termengeluh dengan tiba-tiba). Banyakkan bersabar dengan beristiqamah dan ucapkan istighfar. Insan yang banyak bersabar itu sesungguhnya banyak nikmat yang Allah akan bagi. Percayalah. =)

Nak solat pun kena sabar, apatah lagi nak buat perkara lain. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Bila kita banyak bersabar, tanpa kita sedar Allah akan turunkan nikmat kepada kita sejurus selepas itu. Samada kita perasan atau tidak. Allah tidak akan menimpakan masalah kepada seseorang itu dengan sia-sia. Bila kita bersabar, nescaya kita akan nampak hikmah di sebalik masalah itu. Hikmah besar. Dan kadang-kadang masalah yang Allah turunkan itu sebenarnya perkara terbaik yang perlu kita pelajari bagi pengajaran untuk hidup kita yang akan datang.

Pernah tak korang perasan akan hal ini? Banyak terjadi dalam diri aku. InsyaAllah, untuk next entri aku akan story.

No comments:

Post a Comment