Thursday, 4 April 2013

Berfikir


Orang cakap jangan terlalu banyak berfikir nanti jadi gila. Tapi aku tak setuju. Kita boleh fikir sehingga ke  luar dari batasan kita sebab sememangnya kita sebagai manusia biasa inginkan jawapan yang dapat mengukuhkan lagi iman kita. 

Semua manusia unik. Kemampuan masing-masing berlainan. Allah ciptakan setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dan semestinya keunikan di dalam setiap penciptaanNya adalah untuk kita melihat dan berfikir akan kebesarannya.

Terlalu banyak persoalan yang sering terlintas di fikiran kita tapi sejauh manakah kesanggupan kita untuk mencari jawapan yang dapat mengukuhkan lagi ketaqwaan kita kepadaNya?

Sedang aku mendengar Prof Adem berbicara tentang akhirat dan peristiwa mikraj, terlintas di fikiran aku akan sebuah persoalan ini:-

Kita semua tahu, hari kiamat belum lagi tiba, tetapi kita telah diceritakan semasa Baginda SAW, dimikrajkan ke langit, Baginda telah dibawa ke Neraka dan diberi penerangan oleh Jibrail serta ditunjukkan manusia-manusia yang diseksa di dalam Neraka. Persoalannya, dari mana manusia ini datang sedangkan hari perhitungan belum lagi terjadi.

Masa hadapan sebenarnya telah pun tercipta.

Renungan sejenak.


1 comment:

  1. pada fikiran aku, itulah kekuasan Allah dan mukjizat istimewa yg ditunjukkan istimewa untuk Nabi Muhammad.

    ReplyDelete