Sunday, 10 March 2013

Summer Stargazing

Selamat pagi. First time update guna henfon. Harap tak ada typo. Belum breakfast. Malas nak breakfast. Segala-galanya malas tiada yang rajin. Kalau dalam novel, situasi ini penulis akan tulis macam ini, "Tilam yang empuk itu masih lagi melekat pada badan aku. Bantal pula digam pada kepala. Matahari tegak di bumbung rumah. Aku melangkah malas menuju ke bilik air dengan harapan nasibku selepas ini akan bertambah baik walau permulaannya tidak begitu memuaskan."

Tinggal sebulan lagi. Banyak kena buat persiapan dari segi mental dan fizikal. Harap segalanya berjalan dengan lancar. Harap segala yang diniatkan akan mendapat restu dan keberkatan dari nya. Skema pulak entri aku. Nak bertanding PRU ke apa ni? Dah serupa ucapan wakil rakyat dah. Hewhewhew.

Banyak benda nak story (selalu cakap serupa gini) tapi memandangkan aku bajet ramai yang duk baca blog aku, aku takut ada orang terasa. Nak bergosip la tu.. Aku ni bab nak kritik blog orang lain memang nombor satu padahal blog sendiri hampeh tak sedap langsung. Apa lagi eh nak merepek ni. Kalau tengok kat henfon macam dah panjang, tapi aku rasa kalau tengok kat laptop memang ciput je nih.

Pengakhir kalam, tajuk entri ini adalah tajuk buku yang aku nak baca sebelum taip entri ini dan aku rasa aku macam nak sambung tidur je. Bye.

p/s: aku tak suka orang bercakap dengan aku bila mana pada ketika itu aku sedang mencocok telinga aku dengan earphone. Paham tak!!!

2 comments:

  1. kah kah

    skrg tak yg buat buat misai real

    pakai application pun bolehhh

    ReplyDelete