Saturday, 9 March 2013

Berjogginglah, sebelum anda semakin gemuk


Jogging adalah suatu perkara yang boleh menterujakan (baca: saiko) kepada orang gemuk seperti aku. Walaupun pada gambarnya nampak kurus, tapi itu sebenarnya hanya ilusi mata korang. Awal-awal lagi aku edit tahu. Haha. Kalau tak sempat edit dengan photoshop, aku edit dengan membuat pose yang terbaik dan menampakkan bahagian kurus yang ada diri ini. 

Jogging sebenarnya amalan rutin aku sewaktu zaman degree dahulu (beberapa tahun dahulu). Tapi pada waktu itu tidaklah kurus juga. Biasanya aktiviti jogging akan bercuti (berakhir) apabila datangnya musim cuti sem, musim raya, bulan puasa, dan ketika exam. Cuti ini pula bukan calang-calang cuti. Boleh mencecah setahun dua. Teruk sekali perangai si gemok.

Apabila semester baru sudah bermula, azam baru mulalah tercipta. Gitu. Asalnya mahu jogging pada pagi (selepas Subuh) dan petang (selepas Asar). Namun, perkara ini tersekat akibat tiada sepasang kasut yang sesuai untuk dipakai ketika berjogging. Bila kawan-kawan tanya, 

"Bila nak start jogging ni Wan?"
"Ala.. takde kasut, lepas beli kasut yang sesuai, baru nak start jogging!"

Tempoh pembelian kasut pula mencecah selama berbulan-bulan. Kedekut + tiada masa + nak cari yang murah dan berkualiti dan berjenama memang payahlah nak jumpa.

Akhirnya dengan rezeki yang Allah bagi, Alhamdulillah. Sudah memiliki  sepasang kasut jogging yang sangat shine bright like a diamond dan sakit mata juga melihatnya namun inilah yang paling murah dan ada size kakiku.

Bila dah ada kasut, aku dan kawan-kawan pun berbincanglah bila waktu yang sesuai untuk berjogging. Kami putuskan untuk berjogging pada jam 6 petang selama beberapa jam sehingga tidak larat dan biasanya tak sampai satu jam pun. Yang kurus dan gemuk sama-sama tak sampai satu jam pon. Kalau bersembang, satu jam pun tak cukup! Haha.

Aku sebenarnya jeles dengan orang-orang yang jogging 10KM tu. Aku ni jogging 2 pusingan stadium pun dah rasa letih nak arwah sampai satu badan sakit. Haha. Tak berbaloi langsung beli kasut memahal jogging 2KM je hoi. Minggu depan aku nak jogging start dari bilik (kolej) sampai stadium, pastu dari stadium ke bilik. (Tapi kalau member aku pelawa nak hantar balik boleh gak) Hiks.

Beli dekat Al-Ikhsan, Alamanda. Sebenarnya takde pilihan lain. Yang ni paling murah. Nasib baik ramai yang cakap cantik. T__T

Jogging di stadium UPM. Ambik gambar tetap 24jam walau di mana anda berada. Kihkihkih..

Kaki pun dah gemok. Belum perut lagi. T___T

5 comments:

  1. aku dah lama tak berjogging que -__-"

    ReplyDelete
  2. Nak beli kasut gitu jugak... Duit oh Duit :(

    ReplyDelete
  3. huhu..harapkan bulu kaki jer...

    ReplyDelete
  4. ni kalau ada alasan lg tak tau la...

    ReplyDelete