Monday, 11 March 2013

Allah Sayang Aku


Tanggal 11 Mac 2013, lebih kurang jam 12 tengahari telah terjadi satu perkara yang aku tak dapat lupa sampai bila-bila. Tergamam. Tak tahu nak buat apa. Hanya berserah pada Dia. Alhamdulillah, Dia memilih aku untuk menghadapi cabaran ini. Mungkin nampak macam biasa, tapi hanya yang menggalas tahu akan keperitannya. Namun aku tetap bersyukur kerana ujian ini tidaklah seberat pak cik Bangladesh yang berpanas hujan berkerja membina bangunan pencakar langit. Aku bersyukur kerana aku masih punya wang untuk membeli makanan tengahari. Alhamdulillah, rezeki Allah itu pasti. Aku syukuri. 

Apa-apa pun kesedihan ini tetap terpancar walau selebar mana senyumanku di hadapan rakan-rakan. Aku tak tahu nak komen apa. Aku buat-buat hepi. Aku tak mampu nak kata apa-apa. Walaupun aku ada menjangkakan perkara ini akan berlaku, namun aku tak sangka hari ini. 

Sahabat aku berkata,

"Awak diberi ujian ini sebab Allah sayang awak."

:"(


3 comments:

  1. Moga tabah menghadapi ujian Allah. :')

    ReplyDelete
  2. sabar , doa bbyak agar boleh mnempuh ujian dariNYA. senyum ! ^_^

    ReplyDelete