Monday, 4 March 2013

Aku dan Buku


Assalamualaikum.

Genap sebulan tak update blog. Nak update entri-entri yang berkualiti je. (kualiti ke?). Sejak kebelakangan ini, semua kenalan rapat aku dah tahu dengan perubahan sikap dan perangai aku secara mendadak. Berhijrah la konon-konon. Tapi aku still free hair. Haha. Maksud aku di sini, aku ada hobi baru. Kalau dulu semasa zaman-zaman degree, aku ni memang kaki shopping baju, seluar, kasut dan macam-macam lagi asalkan murah. Tapi sekarang nafsu aku sememangnya berubah 90%. Aku dah minat membeli BUKU!.

Tuntutan research aku sedikit sebanyak mengubah sikap diri. Bila dikelilingi dengan orang-orang yang ulat buku, ular buku, gajah buku, dan segala macam nama lagi berkaitan buku, aku pun terikut-ikut menyukai buku. Ditambah pula dengan kehadiran Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan Big Bad Wolf (BBW) sememangnya membuatkan hati aku girang dan riang.

Mengikut perkiraan aku, banyak jugak perbelanjaan aku untuk membeli buku ni. Kalau dulu bila je masuk kedai buku, amat payah nak keluarkan duit untuk beli buku. Rasa kerugian di situ. Lebih baik fotostat. Padahal bila fotostat beza harga lebih kurang RM10 je. Baik beli buku original.

Bila beli buku ni rasa puas sangat. Nikmat dia lain. Bila baca, ouchhh rasa macam meremang bulu roma. Tapi depends jugak pada buku yang korang baca tu. 

Aku pernah juga teringin nak beli buku dari overseas, tapi takut kena tipu, takut barang tak sampai dan takde paypal/kad kredit semua tu. Tapi aku ada cara yang terbaik untuk korang beli buku dari oversea. Kawan aku yang ajar. Dia pun suka baca buku jugak. Nanti aku cerita kat next entri macamana nak beli buku dari oversea tu.

Bila aku beli buku, ramai orang akan tanya, bila kau baca buku-buku tu? Sebenarnya kebanyakan buku-buku yang aku beli tu berkaitan dengan research aku. Bidang research aku ni memang memerlukan banyak buku-buku untuk dijadikan rujukan. Buku-buku dalam simpanan aku terdiri dari bidang Astronomi, Kosmologi, Sains Islam, Falsafah Matematik, Mantik, Sejarah dan novel-novel indie. Penulis kegemaran aku sudah tentu Prof Madya Dr. Mat Rofa (co-supervisor master aku).

Seorang sahabat aku bertanya pada beliau, bila Dr baca buku? Lalu beliau berkata, saya akan baca satu bab dari sepuluh buah buku setiap hari sebelum tidur.


Suasana di BBW pada hari Jumaat lepas. Buku tersangat murah. Berbaloi!

Hasil tangkapan di BBW. Buku-buku kosmologi.

Tiga buku untuk RM50++ di Kinokuniya KLCC.

Order dengan MPHOnline, hujung bulan 12, 2012, bulan 2 baru sampai. RM20. Ada offer. Harga asal RM55

Meja study. Yang bertingkat tu sebenarnya tak cukup space nak susun menegak.

Separuh buku yang ada di bilik. Separuh lagi ada di ofis.

Cerpen yang best dari Nadia Khan. Aku suka!

Buku ni banyak author. Tapi aku hanya suka author yang first je. Yang lain tak best.

Salah satu buku yang agak sempoi dan senang difahami.



Walau banyak mana buku yang kita baca, buku yang terbaik tetap Kitab suci Al-Quran. Selamat membaca. :")

8 comments:

  1. pergh, banyak betol buku. larat ke nak habiskan baca semuanya

    ReplyDelete
  2. banyaknya!!!!!!!!!!!! hoi tak aci mana nak cari buku2 Fixi kat JB ni..blergh :(

    ReplyDelete
  3. waahh.. yg muslim scientist tu ada jual kt kinokuniya ye?
    nak cari la...

    ReplyDelete
  4. byknye buku!!ohsem..pergi Big Bad Wolf mmg rambang mata!!huhu

    ReplyDelete
  5. sukanya tgk buku menimbun banyak camtu, aii loike! mama tak pi pun bbw baru ni, dengan penuh siksa menahan diri dari pi tau, luit talak huhuhu :-(

    ReplyDelete
  6. Samalah, sebulan saya tak update blog. Kononnya sibuk hahaha. Wow, minat baca buku juga, tapi tak pernah baca buku Fixi. :3

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,

    jika sesiapa berminat untuk mendapatkan buku-buku terbitan DBP, sila hubungi saya di saifulnazaree@gmail.com. diskaun diberi hanya pada belian tunai sahaja.

    ReplyDelete
  8. Sy memang dah lame nk beli buku kt big bad wolf nih tp kt tmpt sy xde pun kedai nie..ade idea x cmne nk dptkn buku2 kt bbw?

    Btw, nice to see your blog, setuju sgt pasal baca alquran tu, i'm still new in blogging, please do visit mine too. :)

    insanbiasabiasa@blogspot.com

    ReplyDelete