Sunday, 13 January 2013

Wheelchair


Tadi aku pi tengok wayang. Dengan Amey. Aku memang suka tengok wayang. Tapi aku tak pergi tengok kalau sorang-sorang. Aku takut orang cakap aku ni gila kalau pi tengok wayang sorang-sorang. Aku ja yang fikir orang akan cakap macam tu. Padahal diorang tak sempat pun nak tengok aku ni sorang ka dua orang ka. Aku dengan masalah jiwa memang sangat serasi dan melengkapi. Efeknya pada keyakinan diri.

Berbalik pada cerita tadi, aku pi tengok wayang yang bertajuk Upside Down. Wayang pukul 9:45 malam, pi beli pukul 8:45 malam. Hampir full. Tinggal beberapa seat depan dan dua sit belakang yang berasingan ja kosong. Lor, takkan nak duk asing-asing. Tak syok la. Nanti tak paham nak tanya sapa. Kemudian aku tanya lah kat adik comel yang jaga kaunter tiket tu.

Aku: Dik, kalau saya nak dua seat ni boleh tak?

(Lalu aku menunjukkan ke arah seat OKU)

Penjaga kaunter: Boleh, tapi awak kena bawak wheelchair sendiri lah. Seat ni tak ada kerusi.

Aku: Oh, ok. 


T___T


*cerita tadi best tapi agak tunggang terbalik*


5 comments:

  1. Len kali jangan lupa bawak wheelchair mai panggung wayang.. HAHA.. Btw, aku slalu tgk wayang sorang2.. huhu

    ReplyDelete
  2. sy sokmo jah tgok wyg sorg2. sbb xde yg nak teman . :(

    cerita tunggang trbalik?? sesuai lah ngan tajuk. up and down ngee~~

    ReplyDelete
  3. aritu kita tgk wayang sensorang. pastu ada awek tu pandang pelik je :'(

    ReplyDelete