Wednesday, 23 January 2013

"Sayang Buat Apa Tu?"



“Sorry Fik pasal hari tu. Disebabkan aku, kau dengan Fazura gaduh.”

“Eh, takde apelah. Hal kecik je Zim. Aku ngan Fazura dah ok.”

“Baguslah kalau macam tu. Kalau tak, sampai sekarang aku akan rasa bersalah dengan korang. Aku tak sengaja tunjuk gambar kau dengan Nora tempoh hari. Lagipun Fazura tak sepatutnya cemburu sebab korang kan partner dalam program tu, dia kenalah faham.”

“Tak payah lah citer pasal benda ni lagi. Semua dah settle. Thanks sebab ambil berat pasal aku.”


Aku mematikan perbualan dengan Azim di situ. Fikiranku terus tertumpu kepada Fazura. Dah tiga hari dia tak reply sms aku. Call pun tak berjawab. Sejak bertengkar tempoh hari tentang gambar-gambar mesra aku dan Nora, dia terus sms marah bukan-bukan seperti api yang disimbah petrol. Maraknya menjadi-jadi. Aku yakin dia dihasut. Muka dah cantik, tapi sayang kau tak dapat kawal emosi.


Puas aku pujuk Fazura. Tetapi dia seakan mahu minta putus. Aku soal kenapa. Dia cakap jawapan untuk soalan itu ada pada aku. Jawapan apa? Aku makin tak faham. Bingung. Perempuan ni memang complicated. Isu yang kecil boleh jadi sebesar gajah.


“Saya nak alasan yang kukuh kenapa awak nak break dengan saya.” Aku sms kepada Fazura. Namun dia tak reply. Mungkin sedang mencari alasan yang kukuh. Aku biarkan dia. Kepala aku makin sakit. Stress.


“Zim, aku tumpang rumah kau malam ni. Aku tensionlah.”

“Orait bro. Datanglah. Lagipun lama dah kita tak borak sesama.”


Sampai je rumah Azim, kitorang terus lepak dalam bilik. Aku baring kat katil Azim sambil mengusap perut aku yang berbunyi dari siang tadi. Azim pandang aku.


“Kau lapar eh? Jap bro aku masakkan kau nasik goreng baik punyeeeer.” Sambil halakan ibu jari dia ke muka aku. Dah rupa Dafi aku tengok. Cuma muka Dafi tu jambu, dia pulak jamban.


Sejurus sahaja Azim keluar dari bilik, telefon dia berbunyi. 


"Ah, mengganggu betullah! Baru je nak lelap." Aku membebel sambil capai telefon Azim. Ada mesej masuk. Terpampang satu mesej pada skrin iPhonenya.


“SAYANG BUAT APA TU?” Fazura.

6 comments:

  1. nie cerita berepisod ker apa nie??

    ReplyDelete
  2. nice. kita tunggu episod next. hehe. terbaik bro.

    ReplyDelete
  3. alamak.patut la nak tunjuk gmbr tu. mmg jamban la si azim tu. ni kisah benar ke cerpen pendek? hihi..tp mmg lurus betul jalan ceritanya.

    ReplyDelete
  4. Emo gila baca entri ni.
    Hetchuu fazura hahaha. K gurau.

    ReplyDelete
  5. hampeh punya kawan..ni kawan makan kawn namanya ggrrr

    ReplyDelete
  6. Best tak sangka lelaki boleh buat cerpen macam ni :) haha terbaik.

    ReplyDelete