Friday, 11 January 2013

Penyepak



2013.  Cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah 23 tahun dan beberapa bulan. (Tak dapat terima kenyataan dah 24 tahun). Umur menjangkau 24 tahun tapi masih lagi tak reti nak pam tayar kereta kat stesen minyak. Macamana nak jadi laki orang woi? Harap nanti bini gua pandai pam. Kah kah kah. Gua reti je pam tapi tak tahu berapa kPa nak isi. T___T

Mesti terkejut kan tiba-tiba update entri dan kali ni entri panjang. Kah kah kah...

Aku ni memang jenis selalu buang tabiat. Memang sangat suka buang masa bila besok ada exam. Ya, esok aku exam. 11/1/13. Subjek Kajian Naskhah Melayu Klasik. Antik kan subjek yang aku ambik. Subjek ni sumpah best. Cuma boring sikit-sikit je. Nota dia pun not bad lah banyak gila pastu kena baca buku lagi. Dengan tak faham, pastu tak masuk, tapi cuba untuk menyumbat dalam kepala hotak lepas tu jadi letih gila, tup-tup tertidur kat ofis. Bangun-bangun pukul 6 petang.

2,3 menjak ni tak sempat nak belek mana-mana buku yang gua beli. Duk settlekan kerja-kerja RA pastu duk pulun study exam. Aku naik heran, study exam ni dah banyak hari tapi still tak dapat nak ingat apa benda yang aku baca. Kalau baca buku lain tu boleh pulak ingat. Bila masuk bab baca nota slide fotostat ni macam ada satu benda sekat supaya tak bagi masuk dalam otak ni. Bukan setakat isi tak masuk, dengan tajuk-tajuk chapter pun tak ingat. Jangan buat onar.

Lepas tu bila tak masuk, akan jadi stress, mulalah duk fokus baca sampai nak terbakar kertas nota tu. Setiap perkataan gua tenyeh dengan highlighter, tapi tak jugak masuk. Tak kan gua nak main pasghah je. Itu berani mati namanya. Gua pun buat nota. Pun tak ingat jugak.

Harap, lepas update blog luahan ni gua akan ingat apa yang gua baca tadi. Semoga. Kalau tak ingat-ingat jugak, gua rasa nak bagi penyepak kat diri sendiri.

Gua harap korang dapat tangkap intro tahun baru dengan penyakit yang gua hadapi sekarang.

4 comments:

  1. Abang kira oklah. Kalau saya nak start enjin kereta pun dah kecut-perut! Wakakakakakaka. :)

    ReplyDelete
  2. sem lps kite amek paper Sejarah dan Perkamusan Bhsa Melayu. DLm kelas xbape nak fokus, study last minute, at last dpt B je. mnyesal smpai skunk. :(

    nway, awok blom dpt mood nak exam agi kot. dah dpt mood, rse nak study 24hours. chewwah! huhu :)

    ReplyDelete
  3. Bila baca tu - kena cakap sorang-sorang. Baru ingat. Lagipun kategori studen "tua" memang mcm tu.. pah ke ceroh dok tau baca gapa! hihiii..

    Uitt.. orang lelaki kena tau pasal keta/elektrik/teknikal tau (skit2 pun jadi lah).. nanti kena kutuk dgn bapak mentua pedas woo.. Nasihat dari studen tua juga!

    ReplyDelete
  4. aku pon macam tu.. esok nak exam, arini still dok buat keja2 x bfaedah lagi.. HAHA

    ReplyDelete