Tuesday, 29 January 2013

Cinta Profile Picture



Sarah Aziz. Jika mengikut gambar mata yang diupload pada profile picture di facebook, orangnya sangat manis dan lawa. Berniqab. Kalah Heliza. Aku add. Tak mahu melepaskan peluang. Mana mungkin aku dapat mengenali gadis lain disebabkan waktu kerja aku sangat padat. Masuk kerja seawal 8 pagi, pulang pula paling awal 10 malam. Paling lewat tak balik rumah. Gaji banyak mana pun life takde boleh dikategorikan #ForeverAlone jugaklah. Beginilah kalau lelaki bujang yang bekerja di syarikat gergasi. Kalau mahu bekerja normal, cepat-cepatlah kahwin. Statusiti sememangnya agak meminggirkan aku yang masih bujang trang tang tang dan teruna sesuci lebaran ini.


“Fikri Umar? Sape pulak ni? Boleh tahan. Hehe...” Sarah bermonolog sambil tersenyum.

“Amboiii.. ape yang awak sengihkan ni Sarah?” Rumetnya menyampuk sambil memenuhkan mulut dengan ais krim coklat kegemarannya.

Maka, tercetuslah perbualan, gosip dan pandangan antara dua orang sahabat. Makin rancak bercerita, makin banyak ais krim yang disumbat ke dalam mulut Adibah. Lepas tu mulalah komplen gemuklah, banyak lemaklah, obesiti lah dan macam-macam lagi yang melibatkan berat badan.


Malam itu, aku online facebook. Lepas usai solat Isyak. Sarah Aziz online. Waktu yang tepat untuk mengorat.

“Assalamualaikum Saudari Sarah” Aku.

“Waalaikumussalam Saudara Fikri” Dia.


Sejak dari detik itu, hubungan Sarah dan Fikri bertambah erat. Eh, Fikri tu aku lah. Banyak yang kitorang kongsi. Tentang kehidupan dunia, tentang masa depan, tentang masa lampau, tentang latar belakang, tentang akhirat dan macam-macam lagi. Lebih kurang tiga bulan berkenalan, aku ajak Sarah untuk berjumpa bersua muka bertentang mata. Manalah tahu, ada cacat cela kat diri aku yang dia tak suka, dia boleh reject terus. Tapi bagi aku, luaran tak penting, gemuk ke, kurus ke, yang penting hati dia.


30 Julai 2016, Sabtu, tepat jam 10 pagi, kami buat keputusan untuk berjumpa di Restoran Stop & Cheap. Restoran western. Aku yang pilih restoran ni sebab nak makan cikencop dan milo dinasour. Kami decide nak pakai baju warna putih. Tanda kesucian perhubungan kami. Cheeewah.

Aku bersiap-siap. Sarung baju putih dan jeans kegemaran. Tak lupa sembur perfume yang aku beli dengan Solihin Zubir, pemilik butik mylubok. Oh, dia sekarang dah ada kedai jenama nama dia sendiri dah. Perfume pun wangi gila.
Pukul 8:40 pagi aku dah start gerak ke sana. Jalan jem teruk. Restoran dah dekat. Tapi aku masih dalam jem. Aku buat keputusan untuk keluar dari kereta untuk menepati masa. Aku tak mahu Sarah tunggu aku lama-lama. Biar aku yang tunggu dia.

5 jam Sarah tunggu kat restoran tu. Aku tak muncul-muncul.

“Mana Fikri? Dia tipu aku ke? Kenapa dia tak datang?” Sarah menyoal diri sendiri.

Sejak hari itu, aku tidak pernah online di facebook. Maafkan aku Sarah. Aku pergi dulu. Aku tak mampu melawan takdirNya. Aku harap engkau tidak terus menungguku kerana aku tidak mungkin akan kembali ke sana. Dan aku harap kau tahu yang aku sedang menunggumu di sini kerna ku yakin suatu hari nanti kau pasti akan kembali.

7 comments:

  1. sad ending ke citer ni?
    tp xsad sgt kot..sbb xsempat jumpa..xsempat knl secara real..cinta alam maya bukan boleh caya pun..hehe~

    btw,nice story^^

    ReplyDelete
  2. ending yg membuatkan aku tertanya2...

    ReplyDelete
  3. Ending dia tergantung laa.
    Mohon sambung episod kedua kehkeh.

    ReplyDelete
  4. stuju dengan faizul..ending wat org tertanya2.. :) sambung2

    ReplyDelete
  5. Ha3... Kemaen nama butik tu... =.="

    ReplyDelete