Tuesday, 22 January 2013

Cikencop dan Milo Dinasour


[CERPEN]

Pagi itu aku bangun seperti biasa. Subuh. Dan tidak mandi pagi. Udara di Cameron Highland yang terlalu sejuk membantutkan hajat aku untuk membasahkan badan. Lalu aku terus mengadap laptop. Klik semua website wajib. Blog, facebook, twitter, dan youtube. Status aku yang semalam di facebook tidak dihiraukan. Walau status aku tu dah kira hot gila tahap dewa. Namun aku pasrah kerana aku tahu aku sememang aku tak sepopular  Dr. Mat Lutfi. Oh, pada ketika ini beliau dah jadi Doktor Falsafah. Aku scroll down lagi dan klik link-link yang menarik perhatian. Berita kemenangan Nelydia Senrose sebagai Bintang Paling Popular masih lagi hangat. Aku like.

Setelah sejam aku membuang masa, aku terlihat activity feeds di kotak tepi bahagian sisi facebook. Ada gambar yang baru diupload. Ramai manusia di dalam gambar itu. Hakikatnya hampir semua aku kenal. Mana tidaknya, mereka semua classmates sekolah menengah aku. Campur tolak darab bahagi muka aku sorang je tak ada. Ciss!! Memang dasar tak ajak member. Buat gathering geng-geng femes je. Aku yang tak berapa nak hot dan hensem ni langsung tidak diajak. Buat kat Cameron pulak tu. Kawasan jajahan aku.

“Ah, lantak diorang lah!” pujuk hati aku yang boleh dikatakan tersisih jauh.
“Malas dah nak fikir, aku dah tak kisah!” Bentak hati aku lagi. Pasrah.

Aku nekad untuk tidak menghiraukan mereka dalam hidup aku. Mulai saat ini mereka bukan lagi kawan-kawanku. Aku capai iPhone10 dan delete semua contact number mereka. Puas!!!

Malam itu aku malas memasak. Lapar gila. Makan luar lagi jimat. Dan juga tak penat.

“Cikencop satu, milo dinasour satu.” Aku meng-order makanan fevret aku yang boleh dikatakan makanan fevret sejak dalam perut mak aku walau hakikatnya mak aku pun tak pernah makan cikencop semasa mengandungkan aku.

Cikencop dan milo dinasour telah terhidang. Oh sungguh lazat. iPhone10 aku pulak berdering lagu Retak Sejuta nyanyian Shila Amzah. Lagu ini sebenarnya sambungan kepada lagu Patah Seribu. Dan untuk peminat-peminat Shila Amzah, lagu ini telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam AJL ke-32. Dah lama sangat berdering ni. Nombor yang menelefon tidak aku kenali. Aku pun angkat.

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Fik”
“Sape ni?”
“Adi ni. Dah tak ada nombor member sendiri ke?”
“Oh Adi, sorry, number contact aku semua hilang (padahal baru delete pagi tadi). Kenapa Di?”
“Tolong aku Fik, aku kat Cameron ni, on the way nak balik kereta aku takleh start. Aku syak takde minyak.”
“Ko buat apa kat sini?”
“Ada hal sikit. Ko tolong bawak petrol eh!”
“OK. Aku gi sekarang.”

Lalu bergegas ke sana tanpa menjamah cikencop dan milo dinasour fevret aku.

Setibanya di rumah, aku buka facebook, mencari gambar yang aku lihat siang tadi. Aku halakan cursor mouse ke butang like. Tertekan. Fikri Umar likes Mohd Hadi’s photo.

2 comments:

  1. Siapa yang like gambar tuh?haha ada sambungan ke ni.Menunggu.

    ReplyDelete
  2. wah.memang sentap ah..dahla xajak reunion, minyak abes mintak tlg org plak ye.huhu

    ReplyDelete