Thursday, 13 December 2012

Review #DiariCintaRomeo



Sebenarnya dua tiga minggu lalu aku dah habis baca novel ni. Alkisahnya aku terbeli novel ni sebab memang aku tengah cari novel cinta dan penulisnya lelaki. Aku tak minat kalau penulis wanita sebab watak utama dalam novel tu mesti perempuan. So susah nak menyelami sambil membaca novel yang dikarang kaum hawa ni. Kisah yang kedua pula, aku sebenarnya pergi KLWRF2012 di KL Library dengan member aku. Puas hati pi sana walaupun hujan sebab dapat borong banyak gila buku cerpen dan #DiariCintaRomeo ni adalah satu-satunya novel yang aku rembat kat sini. Bukan setakat beli, tapi dapat bergambar dengan penulis novel ni sekali. Muda remaja lagi orangnya. Bila dah jumpa penulis ni, aku apa lagi ambik sign lah pastu bergambar.

Kemudian, beliau ada meminta aku untuk membuat review terhadap novel sulung beliau.  Sebenarnya segan jugak nak buat review ni sebabnya aku ni pun bukannya pandai sangat nak menulis novel ni. Baca tu boleh lah. Sebelum start review, aku nak mintak maaf dulu kepada penulis kalau ada terkasar dalam penyampaian aku ni. Hehe.





#Pertama: Cover novel ni aku suka. Sempoi. Gambar hang duk main gitar kat tepi jalan tu menggambarkan ko sedang berada di dalam perjalanan hidup hang, sambil bersantai ko tulis novel ni. Haa, amacam imaginasi aku?? Kekeke..

#Kedua: Gambar kedua tu macam tak kena sebab hang tunjuk punggung kat pembaca. =(

#Ketiga: Prolog tu aku suka sebab cara hang tulis tu aku  memang betul-betul rasa tengah baca diari.

#Keempat: Jalan cerita dah best, tapi perjalanan cerita tu mungkin terlalu details dan banyak pengulangan. Contohnya hang pi koperasi, pi stesen U, pi stadium, pi HUKM. Kalau ada agenda yang penting untuk dimuatkan dalam perjalanan kisah cinta mungkin ok, tapi kalau just nak selit-selit aku rasa macam tak perlu. Itu pendapat aku je. Kalau ada sebab ko buat camtu, takpe. =)

#Kelima: Mungkin sebab hang buat diari, sebab tu aku rasa banyak watak-watak sampingan dalam novel ni. Sebab bila aku baca, mesti aku duk imagine watak-watak yang sampingan seperti Atie tu nanti suka kat hang ka, apa ka, aku duk imagine macam tu. Hehehe.

#Keenam: Sorry sebab aku nak cakap benda ni. Aku sebenarnya tak suka chapter Pa & Ma tu.  Mungkin bukan jiwa aku kot sebab aku rasa benda ni orang yang dah kawin layak panggil. Pendapat aku je tau.

#Ketujuh: Aku suka cara dialog yang ko tulis. Simple, sempoi. Tak serabut dengan ayat-ayat panjang. Mudah aku nak faham.

#Kelapan: Tajuk ni memang sangat sesuai dengan novel. Memang hero ni tersangat Romeo. Mesti lepas awek-awek baca, ramai yang beratur nak jadi pengganti CapitalM.  Hahaha. Gurau je.

#Kesembilan: Aku suka ending dia. Aku suka garapan terhadap watak utama yang berkorban dan redha tu. Walaupun sedih dengan kisah cinta dia, tapi aku rasa itu adalah sepatutnya keputusan terakhir dia. Aku setuju dan aku dapat rasa apa yang hang rasa.

#Kesepuluh: Tahniah Fiz!!! Aku nantikan novel cinta hang yang seterusnya. =)

p/s: Novel aku bila nak keluar woi?!

6 comments:

  1. sebagai pembaca novel, dan jugak org yg suka menulis, sy nmpk bnyk prbezaan antara novelis lelaki dan pompuan. 2-3 tahun kebelakangan ni, sy hnye bce novel ramlee awang murshid. dah serik bce novel dri novelis perempuan. :(

    nway, sy nak carik novel ni. cover dpn lari dri kebiasaan. must be something special on it. tengs. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berminat? Boleh hubungi saya di http://twitter.com/shafizmahmod atau layari http://www.merpatijingga.com/ untuk belian atas talian. Terima kasih

      Delete
    2. Pembetulan. http://merpatijingga.com/

      Delete
  2. macam menarik je nih. nanti nak pi jenguk kedai buku lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel ini tidak dijual di mainstream bookstore. Beli melalui saya atau secara atas talian di http://merpatijingga.com/ Terima kasih :)

      Delete
  3. novel lelaki lebih realistik...

    ReplyDelete