Monday, 17 December 2012

Pelajar Gifted, Guru Exhausted


Assalamualaikum. Sekarang jam 10:30pm dan aku masih berada di dalam kelas kat UKM. Students semua dah balik asrama. Tinggal cikgu-cikgu je yang sedang bertungkus lumus berfikir tentang modul untuk hari esok. Hari ni sakit kepala duk layan bebudak tu. Diorang ni sememangnya bebudak yang gifted dan talented. Tapi takde lah luar biasa macam alien or Kyle XY. Tapi diorang memang ada yang geniuslah. Umur diorang 12 tahun, still macam budak-budak, tapi dalam akademik diorang berfikir macam budak tingkatan tiga, ada yang dah sampai tingkatan lima.

Banyak juga diorang tanya soalan-soalan yang mencabar minda aku. 

"Cikgu, kalau bulan mengelilingi bumi, bumi mengelilingi matahari, matahari mengelilingi blackhole, blackhole mengelilingi apa?"

"Cikgu, macamana dia kira Mekah tu sebagai 0 darjah?"

"Cikgu, macamana nak kira jarak benua tu dari Mekah?"

"Cikgu, macamana nak kira diameter matahari?"

"Cikgu, macamana nak kira jarak matahari?"

"Cikgu itu... cikgu ini... bla bla bla...."

Hoi.. ingat aku ni ensiklopedia bergerak ke ha????"


Cikgu tekun duk baiki Tetrahedral kite ni. Hahaha..



4 comments:

  1. huhu. papot jge budak2 ni. boleh jd ilmuwan islam.

    sy pon kdg2 pening n xterlayan ngan soklan students. budak2 punya soalan, fhm2 jelah kan.tp sy cool je. hehe

    ReplyDelete
  2. budak-budak ni memang tak terjangka soalan2 dorang..
    Imaginasi tinggi dan sifat nak tahu tu kadang2 memang bikin pening kepala..heee

    ReplyDelete
  3. Hahahahhha... itulah cabaran menjadi cukgu...

    ReplyDelete
  4. penat bro nak layan soalan budak2 tu..
    kadang2 aku gtau "nanti esok cikgu gtau"..hahah

    ReplyDelete