Sunday, 9 December 2012

Bizi tahap nak arwah



Minggu lepas, minggu ni dan minggu-minggu hadapan gua busy gila tahap nak arwah. Gua nak baca blog fevret pun tak sempat, apatah lagi blog sendiri. Maafkan gua. Kebizian ini sememangnya menyebabkan gua tak cukup rehat dan telah menghidap demam panas sampai termenangis sorang-sorang atas katil tatkala roomate gua sedang membaca surah Yaasin di malam Jumaat seolah-olah membacakan Yaasin kepada gua yang sedang nazak di atas katil. 

sejurus selepas itu sahabat baik gua meng-sms gua dan menghulurkan pertolongan dengan membawa gua ke klinik dan bagi selimut untuk gua memanaskan badan. Alhamdulillah gua dah kembali sihat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan yang bertanya khabar tentang kesihatan gua yang tidak stabil sejak dua tiga minggu ini dan tak lupa juga yang mendoakan kesejahteraan gua.

Pengalaman gua mengajar di _____________ (terpaksa ____ sebab tak boleh nak sebut nanti student gua search benda tu nanti keluar blog gua. Kantoilah nanti) ini sangat menyeronokkan walaupun terlampau letih. 


  1. 7:30 pagi gua dan kawan-kawan dah bertolak ke kelas. 
  2. 8:30  sampai 10:00 pagi mengajar dan membebel di dalam kelas. Buat aktiviti yang bagi gua amat menyeronokkan dan susah tapi diorang buat sekejap saja dah siap dan ini membuatkan gua gelisah tak tahu nak suruh diorang buat apa lagi.... -__-"
  3. 10:00 minum pagi. Yeay..
  4. 10:30 sampai 12:00. Aktiviti lagi. Kerja gua guide diorang buat aktiviti, bagi idea, tips, motivasi (walaupun gua pun tak bermotivasi, tapi...ermmm).
  5. 12:00pm Lunch.. Double yeayyy.. Solat, Berehat (TAPI SEBENARNYA TAK SEMPAT PUN NAK REHAT!!!!)
  6. 2:00 sehingga pukul 4:00 petang sambung aktiviti lagi. Rasa macam nak pengsan nak conduct diorang. Letih. Kadang-kadang petang-petang gini gua buat game saje.
  7. 4:00 petang. Triple yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.. kelas dah habis.
  8. Malamnya pulak, gua buat assignment. T_____________T
Begitulah kitaran hidup gua. Amat tragis dan mengasyikkan. Gua hanya berbahagia masa tidur dan masa makan sahaja. Sila bersimpati. 


T__T


2 comments:

  1. alolorhhh siannye. sampai demam2.

    at least, masa awak terisi dgn benda berfaedah, kan?

    pasni kalau dah free, g bercuti. :)

    ReplyDelete
  2. Sentiasa kena berfikir.....buat aktiviti...
    Good luck

    ReplyDelete