Wednesday, 7 November 2012

tunjuk atau menunjuk-nunjuk?


- delete - 

Tadi aku nak tulis benda lain, tapi macam tak best. Eh, bukan macam tak best. Tapi memang tak best pun. 

Tiba-tiba aku teringat untuk membuat entri pasal menutup aurat. Kalau kita semua perasan (terutamanya kat facebook) macam dah jadi satu fenomena share artikel pasal benda-benda ni. Ya. Aku akui, benda tu bagus. Sangat bagus. Tapi ada satu cara (yang konon-kononnya berdakwah) tapi aku tak pasti betul ke tak cara tu.

OK, cerita dia macam ni. Saya selalu nampak ada orang yang selalu post gambar dia bertudung litup melepasi dada dan juga ada yang berpurdah lepas tu puji diri sendiri, cakap tutuplah auratmu dengan memakai tudung melepasi dada bla bla bla... Ya, betul apa yang awak cakap tu, tapi saya tak nampak niat awak yang sebenar-benarnya. Adakah awak nak cakap yang awak ni baik?? 

Sama tak kalau saya bagi situasi macam ni: Awak post gambar awak bagi sedekah kat pengemis tepi jalan. Pastu cakap, bersedekahlah kepada fakir miskin bla bla blaaa... Awak rasa orang yang menilai awak tu akan cakap awak ikhlas ke tak? Mungkin niat awak nak menyebarkan kebaikan, tapi saya kurang bersetuju dengan cara itu.

Saya pun banyak yang tak betul lagi. Banyak benda yang perlu diperbaiki. Tapi kalau boleh cara kita berdakwah tu adalah dengan tunjuk akhlak dan peribadi kita bukannya "menunjuk-nunjuk" kebaikan yang kita buat.

Kadang-kadang saya pun rasa takut bila nak bercakap dengan kawan-kawan saya. Bimbang sangat-sangat bila termenunjuk-nunjuk kelebihan saya kepada diorang. Walaupun tak banyak sangat pun benda baik yang saya buat (padahal tak ada langsung). Pada asalnya niat nak berkongsi tapi takut bertukar kepada riak.


T.T


p/s: Entri ni plak korang rasa menunjuk-nunjuk tak? Bimbang gak termasuk kategori riak ni. Cakap reti, tapi buat nya tak. Dua kali takut. Harap tak. 


TT_TT





5 comments:

  1. kadang2 betul jugak tu..senang cerita kalau buat kebaikan tak payah tunjuk sangat dlm fesbuk..biar kita dan allah saja yg tahu..=)

    ReplyDelete
  2. ramai sangat yang berdakwah sekarang nie. tapi, caranya lebih keras. xperlu sangat rasanya sampai guna gmbr sndiri. tue dah tunjuk diri kat public pula gayanya..

    ReplyDelete
  3. helo tuan rumah
    tq sudi singgah blog saya ;)

    ReplyDelete
  4. nice sharing. terima kasih wan. inti karipap dan kulit karipap.

    ReplyDelete
  5. kalau upload gambar sendiri, lepas tu letak caption "tutuplah aurat macam saya!", mmg agak awkward la. setakat update status, "tutuplah aurat" tu xdak masalah..

    ReplyDelete