Sunday, 11 November 2012

Teluk Intan, Skyfall & KFC



Macam tajuk cerpen tak? Tapi penulisan yang anda bakal baca ni macam surat khabar dari Bangladesh tau. Harap korang dapat paham. Kalau tak paham jugak aku harap benda ni terjadi kat korang. Wakakaka!!!..



OK, cerita dia macam ni:-



1. Pada hari Sabtu lepas, member aku iaitu Zulkhair si rambut kerinting tu ajak aku pergi kenduri kosmet dia kat Tanjung Karang. Aku dah lama janji dengan dia. Satu lagi sebab minggu lepas aku ajak dia teman aku balik kampung. Oleh itu kenalah balas budi dia balik. Nanti senang nak minta tolong lagi. Kikiki..



2. Sampai je kat Tanjung Karang, kami pun dihidangkan dengan pelbagai juadah yang sangat WOW!!! So many-many lauk dan pauk membuatkan aku begitu ghairah lalu mengambil kesemua lauk yang di-buffet-kan oleh tuan rumah. Ada lauk ayam masak merah, daging masak lada hitam, tempe masak kuning, (kemain berwarna-warni masakan kau) pecal, begedil, sayur-sayuran serta ulam-ulaman yang banyak. Aku dah mula rambang mata lebih-lebih lagi bila lihat ada lauk kerang masak jingga (kot). Selepas baca doa makan, kami pun makan sehingga kekenyangan. HAHAHA. 



3. Lepas makan kenduri, aku dan Zul bertolak ke kampung beliau di Hutan Melintang. Petang kitorang sampai aku terus tidur keletihan disebabkan jem teruk gila dengan lori besaq nak mampuih duk asyik nak potong kami. No way!!! Aku memecut dengan kelajuan yang sopan iaitu 120 km/j. Muahahahah.. Korang percaya ka??



4. Pada sebelah malam pulak, Zul ajak aku pergi Teluk Anson aka Teluk Intan. Mau tonton Skyfall katanya. Lalu kami terus pi kat panggung wayang BIG Cinemas, Teluk Intan. Wayang Skyfall kami start pukul 10:20pm. Kami ada 1 jam lebih lagi untuk merayau-rayau di sekitar Teluk Intan. Hajat di hati nak naik menara condong tidak kesampaian sebab kunci. Tiga kali aku datang, tiga kali menara condong kunci. Muslihat apakah ini hoi????



5. Pukul 10:15 kami dah sampai kat panggung wayang. Zul pulak nak ke tandas. Nak buang air besar. Tandas ada dua je. Satu tandas tu entah sape kat dalam tak keluar-keluar lama gila dia duk berak ke buat apa ntah. Kesian Zul nak berak pun tak lawas sebab ramai duk beratuq.



6. Wayang start. Aku layan lah jugak movie ni sebab aku memang suka movie-movie yang pasal strategi dan taktik ni. Tak banyak action pun tak apa. Lebih-lebih lagi ada watak Q. Mulalah aku duk berangan. HHAHAHA. Tiba-tiba masa aku berangan, perutku sakit. Nak kentut tapi macam tak sopan pulak sebab duk dalam panggung. Memang aku tahan je. Sejam jugaklah duk tahan kentut. Aku sendiri konfius, aku ni tahan kentut ke tahan berak ke tahan sakit perut?? Mungkin semua sekali. Muka dah pucat. Dah tak boleh nak fokus tengok Skyfall. Bimbang benda lain yang ter-fall kat dalam panggung. Naya aku nanti.



7. Bila Skyfall dah habis, aku ngan Zul pun blah. Pergi cari tandas. Aku ngan Zul serentak sakit perut. Zul tu tadi dah berak, ni sakit perut lagi. Ketika itu jam 12:40 tengah malam. Memang adventure wei. Mula-mula kitorang pergi masjid. Jalan dah kepit-kepit dah. Sampai ja masjid, gelap gila wei. Dah tak takut apa dah. Dalam kepala ni nak keluarkan semua yang duk tahan ni. Sekali tarik pintu, kunci pulak. Berderau darah ni wei sebab seram sejuk nak buang air besar.



8. Lepas tu kami pergi kat Shell. Kunci jugak wei. Mati akal dah. Lepas tu pergi tandas awam. PUN KUNCI JUGAK!!!.. Dalam hati ni duk cakap, "tolonglaa bukak pintu tandas ni. Aku sanggup bayar RM10 weiiiii..." tapi tak dak orang pun. Pilihan terakhir kami pergi tandas KFC. Nasib baik ada KFC 24 jam kat teluk Intan tu. Aku masuk ja tandas, memang dah tak fikir apa dah. Lega gila. Tapi perut masih lagi sakit. Lepas aku keluar, Zul pulak yang masuk. Si Zul ni perut ja kecik tapi taik banyak sampai dua kali berak dalam masa 2 jam.



9. Masa nak balik rumah tu duk gelak laa dalam kereta. Pengalaman seumur hidup pergi cari tandas kat Bandar Teluk Intan. Bayangkan kalaulah KFC tu tak bukak 24 jam aku memang berak je kat mana-mana semak kat situ. Tapi jaga-jaga jugak, kat sini banyak gila anjing. Besar-besar pulak tu. Sekali tengah berak kat semak, dia pun datang ngappp... Kalau ngapp taik tak apa, kalau ngappp benda tu.... Habis la masa depan anak-anak aku nanti.



10. Bila sampai ja rumah, kami pun bersiap-siap untuk tidur. Tiba-tiba tepat jam 4:30 pagi...



(bersambung....)

6 comments:

  1. Tak senonoh awak - Sofia

    ReplyDelete
  2. dah lama tak datang sini.. aku rasa sbb makan kenduri tu yg sakit perut.. aku selalu terkena.. haha eh, skyfall best tak?

    ReplyDelete
  3. wahhh.. ade lagi blog ni ek.. gud job bro! aku tak tgk lg skyfall tu.. ok ke?

    ReplyDelete
  4. haaa... kate ade cara.. meh la ajar aku.. hehe

    ReplyDelete