Friday, 2 November 2012

Langkah itu Nyawa


Jam di telefon bimbit menunjukkan tepat pukul 7:30 pagi. Aku masih lagi berlengah-lengah untuk ke office. Itu masih belum dicampurkan dengan masa proses pemilihan baju yang akan dipakai ke sana. Biru, putih, hitam, hijau, merah semua lengkap tersusun. 

"Alaaa, jangan risau. Takpe, aku kan ada kereta. Cepat je sampai kat office nanti"

*Danggg* Pintu bilik ditutup. Langkah ku atur laju menuju ke perodua VIVA. Pintu kereta dibuka lalu enjin kereta dipanaskan sebelum aku duduk. Untuk menjimatkan masa barangkali. Masa yang seminit dijimatkan, manakala masa yang 20 minit tadi dibazirkan. 

Jam menunjukkan pukul 8:00 pagi. Aku masih dalam perjalanan. Campur tolak, bahagi darab, aku akan sampai ke office INSPEM (Institut Penyelidikan Matematik) pada 8:15 pagi termasuk masa untuk memarkir kereta. Satu kelebihan di INSPEM, pada jam 8:00 pagi sehingga 9:00 pagi, parkir kereta masih lagi kosong. Aku yang kelewatan ini sebenarnya dalam kategori insan yang terawal menjejakkan kaki ke office. (Bangga dalam alpa)

Kad punch ku sambar lalu dimasukkan ke dalam mesin punch dengan laju. Seminit ibarat wang not seratus ringgit Malaysia.

Tapi sekarang bila Allah dah tarik satu nikmat dari aku, setiap masa yang aku lalui lebih berharga dan bernilai dari segala-galanya. Kalau dulu, setiap minit diibaratkan RM100, sekarang setiap langkah itu diibaratkan satu nyawa.

Saat ini, 7:45 pagi aku dah terpacak di office. Keseorangan. Sekian.


1 comment: