Sunday, 18 November 2012

Interaksi Dinihari



Gua dah lupa apa yang gua mimpi malam tadi. Seingat gua, tidur malam tadi sangat lena dan berkualiti sehingga dapat mengubati kelenguhan kaki gua yang tak berapa nak mantap ini. Semalam gua bersama teman-teman gua pusing-pusing Kuala Lumpur mencari sumber inspirasi. Buku inspirasi kami. Okey, sebenarnya itu bukan yang gua nak highlightkan kat sini. Itu gua cerita lain kali, next entry. Maybe.

Gua tidur beralaskan bantal, memeluk teddy bear hadiah konvokesyen dari rakan seperjuangan gua yang baru sahaja mem-publish salah satu dari beberapa paper Masternya di Journal mana ntah. Gua lupa. Tahniah.
.
Deringan alarm Blackberry gua bergema satu bilik. Mungkin jua satu blok. Namun telinga gua masih lagi mampu bertahan. Sudah kebal dengan bunyi ini. Gua rasa, syaitan sedang menghempap punggungnya di lubang telinga gua. Gua hanyut dalam lena. Waktu Subuh berjalan. Jarang berlaku seperti ini. Barangkali keletihan.

Gua kata dalam hati, “lima minit lagilah…” Kalau blackberry tu ada kaki dah lama ia menyinggah di kepala gua. 

Selang beberapa minit, kedengaran alarm yang luar biasa. Alarm yang tak bisa gua setting untuk mengejutkan gua lima minit lagi. “Bunyi apa ni?” Gua bermonolog sambil mengamuk.

“Aaaakk…aaakkkk…aakkkk…”

Bunyi itu tak berhenti. Tetap bergema. Kali ini bukan sahaja di bilik dan blok malah satu bandar Serdang.

“Yelah… yelah… aku bangun.” Paksa diri ke bilik air lantas berwudhu'. Alhamdulillah, gua sempat menunaikan Solat Subuh sebelum tamat waktunya.

Selepas berdoa gua ke jendela, lantas gua berkata, “Terima kasih Gagak”.

p/s: Gua mula berjinak-jinak untuk berinteraksi dengan alam.


5 comments:

  1. gagak seolah2 memahami diri manusia....

    ReplyDelete
  2. nice, aku suka.

    terima kasih gagak. sedikit calitan pada kereta. hikhik. serupa macam lebah, semut? barangkali juga. tidak terlalu pada 'luar', tapi pada 'dalam'. tidak pada 'sikit' tapi 'besar'.

    ReplyDelete
  3. Perenggan kedua tu mcm 'something' jer. (-__-")

    ReplyDelete
  4. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  5. lepas ni set alam bunyi gagak

    ReplyDelete